Dengan Akta Hasutan baru, kongsi artikel pun boleh masuk lokap

Read English version | Artikel ini pada asalnya diterbitkan pada 10hb April 2015.

 

Di bawah Akta Hasutan yang baru dipinda pada awal tahun ini, korang boleh dipenjara hanya kerana berkongsi artikel yang berbaur kontroversi, walaupun bukan korang sendiri yang tulis. Kiranya macam perokok second-hand la, bahayanya berkali ganda daripada perokok asal.

Jadi apa yang kami cuba sampaikan di sini adalah – jauhkanlah member yang kuat merokok dan kongsilah artikel kami.

 

Akta Hasutan yang baru?

“Pejabat Hak Asasi Manusia PBB telah lama menggesa Malaysia sama ada untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 atau menyelaraskannya ke tahap yang sama dengan peringkat antarabangsa. Amat mengecewakan sekali apabila Kerajaan Malaysia ingin menjadikan undang-undang tersebut lebih buruk lagi.” – Zeid Ra’ad Al Hussein, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Tali jerut kini semakin ketat. Kita bagaikan Russia sewaktu pemerintahan Stalin. Kita pun mungkin akan jadi macam tu,” Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri dan ahli UMNO, pemilik firma undang-undang swasta terbesar di Malaysia, dipetik daripada The Malaysian Insider.

Ahli-ahli parlimen kita ni memang kerja kuat. Baru je lepas berbahas tentang Akta Pencegahan Keganasan selama 12 jam (yang kemudiannya diluluskan), hari esoknya diaorang bentangkan SATU LAGI rang undang-undang yang penuh kontroversi – Akta Hasutan yang baru dan dikemaskini!

Kesian ahli-ahli parlimen daripada pihak pembangkang kerana mereka tak tahu apa yang menanti mereka… kesian korang jugak yang membaca artikel ini kerana akan terlibat sama.

Akta Hasutan menjelma diduga! Imej diambil dari Giphy.

Akta Hasutan ini telah menyebabkan sehingga 114 orang ditahan dalam bulan Mac 2015 sahaja, dan kini ianya dipertingkatkan lagi walaupun pada tahun 2009, PM Najib berjanji untuk memansuhkannya.

Jadi, apa kena-mengena Akta Hasutan yang baru ini kepada korang yang hanyalah seorang rakyat jelata yang cuba mencari cinta di ibukota?

Untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut, kami telah bercakap dengan:

Kesemua pemerhatian di bawah adalah dibuat berdasarkan salinan asal pindaan tersebut. Ada perkara yang telah diubah dan ada juga yang telah ditolak, tapi kami kekalkan di sini supaya korang boleh faham tentang apa yang boleh terjadi. Jadi ini adalah enam perkara yang perlu diberi perhatian dalam Akta Hasutan (Pindaan), bermula dengan…

 

1. Korang boleh masuk penjara kerana berkongsi artikel ni

Imej diambil dari Dailydot.com.

Kalau korang TULIS sesuatu yang berbaur hasutan, korang akan diarahkan untuk memadamkan kiriman tersebut serta dilarang untuk menggunakan sebarang alat elektronik. Maknanya, tak boleh main Internet! Kembalilah main konda-kondi bagi tujuan mengisi masa lapang.

Eric Paulsen menyatakan yang fokus pada alat elektronik tidak pernah dibuat di Malaysia sebelum ini, jadi ada banyak soalan yang perlu dijawab seperti berapa lama larangan ini berlangsung (dan bagaimana ianya dikira) serta alat elektronik apakah yang diambil kira. Vape pun kena ke?

Seorang lagi peguam, Syahredzan Johan, bercakap tentang termasuknya perkataan ‘sebaran’ dalam pindaan akta tersebut.

“Ini bermakna, sekiranya seseorang itu retweet dalam Twitter, share posting orang lain dalam Facebook atau kongsi benda yang diambil daripada grup Whatsapp yang lain, walaupun orang itu tidak punya niat untuk menghasut, orang tersebut masih telah melakukan kesalahan di bawah akta tersebut.” – Syahredzan Johan, dipetik daripada Sinar Harian.

Ini bermakna bukan si penulis asal sahaja yang kena penjara, malah sesiapa sahaja yang berkongsi artikel/tweet/status tersebut… termasuklah korang.

Malah, hukuman penjara adalah lebih teruk bagi orang yang berkongsi kerana mereka boleh…

 

2. Duduk penjara lagi lama (minimum 3 tahun!)

Digunakan dengan kebenaran daripada Zunar.

Di bawah Akta Hasutan lama, kesalahan pertama akan menyebabkan hukuman penjara selama 3 tahun MAKSIMUM dan saman sebanyak RM 5,000; kesalahan seterusnya pula akan dikenakan hingga 5 tahun penjara dan saman sebanyak RM 5,000. Hukuman ini adalah bagi setiap kesalahan, jadi kalau korang seorang kartunis satira yang kena sembilan dakwaan, kena kira guna sempoa la (sebab kalkulator saintifik mungkin boleh diambil kira sebagai barang elektronik, huhu…)

Dengan pindaan ini, hukuman penjara 3 tahun adalah MINIMUM, dan boleh mencapai sehingga 7 tahun. Tak kiralah kecil mana pun kesalahan korang, mahkamah dengan gundah-gulananya terpaksa memberi hukuman lebih berat sebab diaorang tak boleh bagi kurang daripada 3 tahun.

Eleh, sekurang-kurangnya saman RM 5,000 dibuang, betul tak? Tambahan lagi…

 

3. Mengkritik kerajaan dan sistem keadilan tidak lagi dikira sebagai hasutan

Imej asal dari Imgur.

Hah, ada jugak hikmahnya kot dalam pindaan ini. Mengkritik kerajaan dan sistem keadilan tidak lagi dikira sebagai hasutan. Bolehlah kita bersuara jika kita tak puas hati akan cara negara ini ditadbir atau bila sistem keadilan tidak adil, kan?

Er, tak jugak kot.

Imej asal dari Imgur.

Ada laporan yang menyatakan pindaan ini acah-acah baik je, walaupun sebenarnya takde perubahan pun. Contohnya kalau korang kondem sistem mahkamah, diaorang tak boleh guna Akta Hasutan tapi diaorang boleh guna undang-undang yang lain seperti Kanun Keseksaan.

Contoh lain adalah bila korang kondem kerajaan yang mengamalkan diskriminasi kaum, korang takkan didakwa atas sebab mengkritik kerajaan, namun masih boleh didakwa kerana cuba menimbulkan ketegangan kaum (pulak dah…).

Malah apa yang ditulis dalam Akta Hasutan amatlah samar-samar sampaikan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi tak boleh beri contoh yang spesifik akan apakah yang diambil kira sebagai hasutan, cuma mengatakan yang ianya “bergantung kepada taksiran dan pengertian mahkamah.”

 

4. Sabah dan Sarawak kena lebih berhati-hati

Imej diambil dari Malaysia Chronicle.

…akan pemisahan! Iaitu sebarang kata-kata yang menunjukkan niat untuk meninggalkan Malaysia sebagai negara merdeka, dan perkara in telah menyebabkan ramai ditahan. Dalam draf asal bagi Akta Hasutan yang baru ini, ada bahagian yang khusus yang menggambarkan perlakuan menghasut:

A mengajak seseorang atau sesebuah kumpulan untuk menuntut pemisahan negeri B dari Malaysia. Perlakuan ini diambil kira sebagai hasutan.” – Diterjemahkan daripada senarai pindaan, halaman 2, bahagian 3(a).

Walaupun tidak terang-terang menyebut Sabah dan Sarawak, ia dipercayai merupakan reaksi terhadap permintaan daripada sebilangan pihak untuk memerdekakan Sabah dan Sarawak yang menyebabkan empat orang didakwa atas pembabitan mereka dengan kumpulan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia serta percubaan untuk menangkap ketuanya yang dikenali sebagai Doris Jones.

Sebenarnya, permintaan untuk pemisahan memang dah lama bertentangan dengan undang-undang, cuma kali ini sahaja ianya dinyatakan secara khusus. Contoh yang diberi dalam akta ini akhirnya dibuang setelah dibantah oleh ahli politik dari Sabah dan Sarawak seperti Datuk Jeffrey Kitingan dan Bung Mokhtar.

“Semua orang ada hak untuk memberi komen; kita berhak mengatakan ya atau tidak.” – Bung Mokhtar, dipetik daripada The Malaysian Insider.

Bung Mokhtar adalah antara ahli-parlimen UMNO paling tak terduga, yang kemudiannya meminta pindaan tersebut ditarik balik supaya boleh dibincangkan terlebih dahulu.

5. Pasport korang akan kena ambil, dan korang (hampir) tak boleh dijamin

Terpenjara di kamar sepi… imej dari Reddit.

Di bawah Akta Hasutan yang asal, korang boleh dijamin dan meneruskan kehidupan seorang rakyat jelata yang biasa – cuma sekali-sekala kena singgah ke mahkamah dan balai polis.

Namun hak untuk dijamin hampir dimansuhkan oleh pindaan ini sekiranya hasutan dikira sebagai ‘serius’, manakala pasport boleh diambil sekiranya hasutan tersebut dikira sebagai ‘normal’. Ini bererti korang perlu duduk dalam lokap sepanjang tempoh perbicaraan yang boleh memakan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Penafian hak menjamin ini membuatkan korang dilayan bagaikan penjenayah berat seperti suspek kes bunuh.

Nasib baiklah pindaan ini tidak diluluskan, namun korang masih tak boleh ke luar negara akibat pasport yang ditahan.

Kalau korang tertanya-tanya apakah yang dikira sebagai hasutan yang ‘serius’…

 

6. Bila ada kerosakan, korang memang cari pasal lah

Imej diambil dari aeshahadlina.wordpress.com.

Seperti yang disebut di atas, hukuman penjara bagi hasutan adalah 3-7 tahun. Teruk sangat ke tu? Lagi terkujat bila korang baca perkara di bawah:

“Sekiranya hasutan tersebut menyebabkan kecederaan dan/atau kerosakan harta, ia boleh mengundang hukuman penjara sebanyak TIGA ke DUA PULUH TAHUN jika didapati bersalah.”

Sekali lagi perkara ini mengelirukan ramai orang. Seperti yang dinyatakan oleh Eric, macam mana kita nak kaitkan perilaku hasutan tersebut dengan kerosakan yang telah terjadi? Contohnya:

Ahmad Marzuki tweet sesuatu yang berbaur hasutan dan membuatkan ramai orang marah. Salah seorang daripadanya menumbuk Ahmad Marzuki tapi terkena orang lain! Maka bermulalah perbalahan sekampung yang akhirnya merosakkan beberapa buah kereta.

Adakah Ahmad Marzuki bertanggungjawab terhadap kerosakan harta yang berlaku? Kalau tak, siapa?

Siapa yang salah? Imej dari Buzzfeed.

Ada yang mengatakan kesamaran perkara ini mungkin digunakan pihak kerajaan untuk menyasarkan sebarang aktiviti politik di masa hadapan. Kata Eric lagi, mereka mungkin merujuk kepada orang yang dengan sengaja meminta atau menyebabkan orang lain membuat sebarang kerosakan – contohnya mengadakan rusuhan. Macam mana pun, ramai yang setuju bahawa pindaan ini perlu diperjelaskan lagi.

Korang tahu ke pasal Akta Hasutan (Pindaan) ni?

Tau tak tau tak?

[interaction id=”561f3e3e41d4754d14563a51″]

Bila kami tanya orang di sekeliling, ramai yang tak tahu akan pindaan ini, mahupun Akta Hasutan sendiri. Perkara ini agak merungsingkan, nak lagi bila sesiapa sahaja boleh didakwa.

Mungkin kita tak risau sangat akan Akta Hasutan kerana kita bukanlah ahli politik, aktivis, atau blogger seks. Tapi berapa ramai antara kita yang pernah kongsi artikel berkenaan hal politik, agama, dan kaum? Korang mungkin dah tak tekan dah butang share atau apa-apa butang lain sebab smartphone dan laptop sudah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Okay la, mungkin korang fikir celah manalah ada kebebasan bersuara kan, dan jenis-jenis yang suka mengacau keharmonian negara ni memang patut kena tangkap pun, namun adakah kita lebih rela menjadi rakyat yang sentiasa mengikut telunjuk?

Dah lah tu kan, Rang Undang-Undang ini (bersama 12 yang lain pada minggu yang sama) datang tanpa diundang, tanpa sebarang tekanan daripada orang ramai. Sekali lagi, ahli parlimen UMNO faveret kita bersuara:

“Itu tidak bagus. Sebab itu kita mesti melihat dengan teliti isi kandungan pindaan itu dan rakyat seharusnya dibenarkan menyuarakan pendapat mereka,” – Bung Mokhtar, dipetik daripada The Malaysian Insider.

Tapi kami faham kalau sekarang ni korang dah jadi risau untuk menyuarakan pendapat. Lagi selamat kalau kongsi gambar kucing je kan. Kalau korang tak nak share artikel ini, takpe, korang boleh share artikel kami tentang peribahasa kucing.