“Tengah malam ternampak kelibat adik aku, tapi bila ditegur…”

SOSCILI pernah tulis pasal kejadian-kejadian mistik yang biasa kita dengar, dan penerangannya secara saintifik. Menarik jugak bila baca penjelasan yang objektif ni, tapi pada yang sama, kita masih suka tengok cerita seram, kan? Tak hairanlah tiap kali cerita horror keluar kat cinema, confirm jadi blockbuster!

Malah ada satu cerita horror yang memang ditunggu-tunggu oleh para peminat sekarang ni, iaitu Insidious: The Last Key!

Kalau korang memang dah ikut franchise ni sejak mula lagi, korang mesti tau yang filem Insidious pertama adalah hasil arahan direktor Malaysia yang terkenal di peringkat dunia, iaitu James Wan. Ada sebabnya franchise ni sangat berjaya sampaikan ada filem yang keempat! Check out trailer bagi filem yang terbaru ni:

Hah, seriau tak? Filem ni akan mula ditayangkan kat Malaysia pada 4 Januari 2017, jadi jangan lupa tengok!

Tapi Insidious ni hantu orang putih, macam mana pulak dengan cerita hantu kat Malaysia? Kat sini kami senaraikan cerita-cerita daripada staff kami dan juga di Internet…

1. Tengah buat shutter photography, benda lain yang nampak…

 

Kisah ni berlaku kat Azar. Waktu tu dia dengan 3 member ada kat tepi pantai, nak buat shutter photography kononnya. Tengah syok pusing-pusingkan lampu, tiba-tiba salah sorang member dia tunjuk kat satu rumah api berdekatan.

“Masa toleh ke rumah api tu, saya nampak ada seorang perempuan pakai rambut putih dengan rambut panjang (pontianak). Benda tu lama kat bawah rumah api, sampai keempat-empat kami boleh nampak.

Kami macam dipukau, tak bergerak sambil tengok hantu tu. Tiba2….zuuuppp! dia terbang ke atas. Bila nampak benda tu terbang, kitorang semua lari terus ke kereta.

2. Tengah duduk sorang kat rumah layan drama Taiwan, tiba-tiba…

Benda ni pulak berlaku kat editor kami, MK waktu dia kecik lagi, umur 10-11 tahun macam tu. Satu malam, family dia kena balik kampung sebab kat rumah takde air, jadi kena pergi rumah nenek nak tumpang mandi dan basuh baju semua. Tapi sebab MK nak tengok episod last drama Taiwan, dia tak nak ikut, tinggallah seorang kat rumah.

“Mula-mula tu ok je. Tapi menjelang maghrib, tiba-tiba saya dengar macam-macam bunyi. Ada bunyi macam cengkerik, ada bunyi yang saya tak pernah dengar sebelum ni. Dan makin lama makin kuat.

Yang peliknya, saya tak pernah dengar pun bunyi-bunyi tu sepanjang bertahun-tahun saya duduk kat rumah ni.

Dan sebaik sahaja saya dengar kereta abah sampai kat rumah, bunyi tu terus senyap. Jadi saya tahu ‘benda’ tu saja nak menakutkan saya sebab saya sorang. Hampeh betul.

 3. Pergi toilet waktu malam, tiba-tiba…

Yang ni pulak berlaku pada Adi. Satu malam tu, waktu dia baru keluar toilet, tiba-tiba dia ternampak kelibat adik dia berlari masuk dapur.

“Aku pun panggil la berkali-kali, takut la dia masuk dapur tu pergi main cucuh api ke apa. Sekali aku tengok sendiri kat dapur, takde sesiapa pun. Bila aku naik tingkat atas rumah, dia tengah tengok TV dengan khusyuk.

Tak tau lah benda ni memang perlakuan misteri nusantara ke tak, ataupun sekadar halusinasi. Tapi kalau korang pun ada pengalaman-pengalaman mistik dan supernatural macam ni, inilah yang kami nak tau sebab…

Sony nak bagi korang tiket percuma untuk tengok Insidious: The Last Chapter!

Kadang-kadang pengalaman mistik atau supernatural ni mungkinlah perasaan kita sendiri, kadang-kadang kita tersilap pandang atau dengar. Tapi tak kiralah apa sebab yang sebenar, cerita-cerita ni memang seronok dikongsi, nak lagi waktu lepak ramai-ramai waktu camping kat tengah hutan.

Jadi sebab tu lah SOSCILI nak korang kongsikan pengalaman ni dengan kami, dan 10 peserta bertuah akan dapat tiket movie free untuk Insidious: The Last Chapter! So isi je form kat bawah. Cepat, contest habis 3 Januari 2018!

    Nama:*

    Emel:*

    Apa pengalaman mistik/spiritual:*

    Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan Sony Pictures untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS Media dan Sony Pictures tidak mengaku hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kejadian akibat daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.