Boleh ke terlepas daripada hukuman bunuh kalau kita ada gangguan bipolar?

Ada dengar tak cerita model sambilan/bekas pelajar perubatan yang kena dakwa sebab bunuh teman lelaki sendiri baru-baru ni? A. Tamilselvi, berusia 26 tahun, dituduh tikam teman lelaki dia, V. Gawsigan yang juga 26 tahun, dengan pisau pada 11 Mac yang lalu. 

Dekat mahkamah, peguam dia ada mintak hantar A.Tamilselvi ni ke hospital psikiatri sebab dia kata Tamilselvi kena gangguan bipolar, yang mungkin mempengaruhi kejadian tersebut. Korang mesti terfikir kan, “Oh, kalau cakap yang aku ni sakit mental, kira boleh lepas ah daripada tuduhan bunuh orang tu?”

Tapi sebelum kitorang jawab, kita kena faham dulu macam mana alasan gila ni berfungsi, bermula dengan fakta pertama iaitu….

 

Hakim yang tentukan sama ada korang betul gila atau tak, bukan doktor!

Imej daripada AskLegal. 

Macam kebanyakkan undang-undang kat Malaysia ni, kita ambil peraturan untuk bela diri atas alasan gila dari UK, cuma kita tukar jadi istilah tak seksi sikit, “tak sempurna akal“. Kalau korang tengok Seksyen 84 Kanun Keseksaan, korang akan nampak ni: 

Perbuatan seseorang yang tidak sempurna akal.

84. Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang, pada masa melakukannya, oleh sebab akalnya tidak sempurna, tidak berupaya mengetahui keadaan perbuatan itu atau bahawa apa yang dilakukannya itu sama ada salah atau berlawanan dengan undang-undang. 

Kalau korang perasan, maksud ‘tak sempurna akal’ tak diterangkan betul-betul kat sini laporan doktor, keterangan pakar perubatan, dan sewaktu dengannya. 

Untuk memudahkan korang faham, lepasni kami akan guna istilah ‘gila’ je. 

Nak berjaya pakai alasan gila untuk bela diri lepas buat jenayah, kena ada 3 benda:

  • Tertuduh tak waras semasa jenayah dilakukan. 
  • Ketidakwarasan tu menjejaskan keadaan tertuduh.
  • Tertuduh terjejas sampaikan tak sedar akan sifat atau perbuatannya (contohnya diorang mungkin tak sedar diorang memegang pisau atau pistol), tak tahu bahawa apa yang diorang buat adalah salah, dan tak tahu bahawa apa yang mereka buat adalah melanggar undang-undang

Tapi semua ni cuma relevan kalau tertuduh tu cukup waras untuk hadir ke makhamah la. Cerita penuh dia rumit sikit, tapi kalau diorang tak waras sampaikan tak sedar diorang kat mana dan dianggap tak mampu dibicarakan hakim atau pihak berkuasa akan hantar diorang ke wad sakit jiwa je. 

Balik semula pada pembelaan gila…

 

Gila dari segi undang-undang tak semestinya kena sampai tahap gelak sorang-sorang

Berita baiknya ialah kalau korang buat macam tu, peluang korang untuk lepas rayuan gila lebih tinggi.

Kebanyakan orang anggap gila ni macam Jack Torrence dalam The Shining atau macam watak utama Fight Club, tapi tu cuma separuh je yang betul. Ada kes gila dari segi undang-undang yang tak sejelas tu, macam bila orang buat jenayah sebab masalah kesihatan,lepas tu tak ingat apa-apa.

Contoh, kes Sinnasamy v PP. Sinnasamy mendakwa yang dia tak sengaja bunuh anak dia semasa diserang sawan. Doktor-doktor yang dipanggil untuk bagi keterangan sebulat suara setuju yang memang tak mungkin tertuduh sedar apa dia buat masa diserang sawan tu. 

Lagi satu kes, Kenneth Lee Fook Mun, cucu Tun H.S. Lee, tembak mati perempuan yang dia tak kenal kat sebuah stesen minyak. Peguam dia kata gula dalam darah rendah buat dia tak sedar pada masa yang sama dengan pembunuhan tu, so tak patut kalau dia dipertanggungjawabkan. 

Kes macam ni masuk bawah automatisme, iaitu buat sesuatu semasa tak sedarkan diri, dan memenuhi syarat-syarat Seksyen 84 yang kita dah sebut tadi.

Yang pentingnya ialah…

 

Mahkamah ni tegas, tak main main bab pembelaan gila

Secara teorinya, korang boleh cuba gunakan pembelaan gila untuk sebarang jenayah yang memerlukan mens rea (niat dan pengetahuan bahawa korang melakukan jenayah). Menumbuk seseorang, melanggar kereta dari belakang, sebut je. 

Secara realistik pulak, bagaimanapun, benda ni tak semudah tu. Kedua-dua Sinnasamy dan Kenneth didapati bersalah di sisi undang-undang. Dalam kes Sinnasamy, walaupun sebenarnya dia memang ada sawan, kedalaman dan kesan luka pada mangsa pembunuhan mendedahkan yang Sinnasamy sepatutnya sedar masa pembunuhan tu untuk menyebabkan luka sedemikian; manakala dalam kes Kenneth, mahkamah membuat kesimpulan bahawa dia lebih berkemungkinan mabuk daripada mengalami serangan hipoglisemik.

Pendek cerita, susah la nak berjaya gunakan pembelaan gila ni, jadi jangan senang-senang pergi bunuh jiran korang yang karaoke setiap malam macam dia tengah konsert jelajah dunia, kemudian cakap yang korang gila pulak pada masa tu.