Boleh ke Najib hadir sidang Parlimen sebagai seorang Ahli Parlimen?

Sidang Parlimen baru je berlangsung semenjak semalam (3 Oktober), dan akan berterusan sehingga penghujung November. Pelbagai hal penting akan dibincangkan dalam sesi macam ini, tapi satu soalan yang buat ramai orang pening kepala sekarang adalah… boleh ke Najib tumpang sekaki walaupun setelah dijatuhkan hukuman?

“Aku pun nak join…” Img by Petra News.

Sidang di Dewan Rakyat perlu dihadiri oleh Ahli Parlimen, jadinya…

Adakah Najib masih merupakan seorang Ahli Parlimen setelah dihantar ke penjara?

SHEEEEEEEEEEEESH. Img by The Star.

Jawapan ringkas: Ya, buat masa sekarang.

Jawapan panjang lebar:

Menurut Perlembagaan Persekutuan, seorang MP akan hilang kelayakan jika dia telah disabitkan dan dihukum lebih setahun atau didenda lebih RM 2 ribu. Namun, kehilangan kelayakan ini hanya akan terlaksana 14 hari selepas tarikh sabitan, satu tempoh di mana mereka masih boleh memfailkan rayuan untuk menangguhkan kehilangan kelayakan tersebut.

Kalau mereka dah habis segala rayuan seperti Najib, mereka boleh memfailkan permohonan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agung. Kehilangan kelayakan ini kemudiannya akan ditangguhkan sehinggalah YDPA membuat keputusan.

Dalam kata lain, sehinggalah YDPA membuat keputusan sama ada untuk mengampunkan Najib atau tidak, Najib masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Dah tu, boleh ke Najib pergi ke sidang Parlimen sekarang ni?

Secara teorinya… bukan senang nak pergi mana-mana bila dah masuk penjara, kan. Penjara tu bukannya asrama, boleh minta pergi outing hujung minggu untuk beli Maggi. Sebab itulah Azhar Harun, Speaker bagi Dewan Rakyat, mengatakan yang Najib boleh turut sertakalau Jabatan Penjara beri kebenaran.

“Mengenai kehadiran Yang Berhormat Pekan, ia bukan di bawah kuasa saya langsung. Jika beliau hadir, maka beliau tidak perlu meminta kebenaran saya untuk masuk ke Dewan.

“Persoalannya sekarang, adakah beliau boleh hadir? Itu bukan di bawah kuasa saya kerana ia bukan di bawah jagaan saya. Jadi, penjara mempunyai hak penjagaan beliau, maka terpulang kepada pihak penjara untuk melepaskan beliau daripada penjagaan itu.” – Jawapan Azhar Harun kepada soalan Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang

Jadi persoalannya sekarang… adakah Jabatan Penjara akan memberi kebenaran kepada Najib? Yang itu kita kena tunggu dan lihat…

Ahli Parlimen kita ni memang berfungsi ke tak? Kami cuba periksa…

*Artikel ini diterjemah daripada laman Bahasa Inggeris kami, CILISOS.