- 899Share sekarang!
- Email20
- Facebook879
- Share
Korang pernah tak demam ke, migrain ke, atau paling perit, keracunan makanan? Walaupun perut tengah memulas, terpaksa juga cari kudrat untuk ke klinik sebab nak dapatkan MC dan ubat. Belum sempat keluar rumah, tandas memanggil lagi. Last-last tak jadi pergi ke klinik, lebih rela ambil cuti kecemasan je 🥲.
Tapi dalam era serba digital ni, ada je cara lebih senang untuk dapatkan ubat dan surat MC. Perbicaraan mahkamah pun dah online, jumpa doktor pun mesti la boleh online juga, kan?
Kami cuba dapatkan MC tanpa keluar rumah
Sejak kebelakangan ni, servis telekesihatan ataupun telemedicine dah jadi semakin popular. Ia membolehkan semua aspek temujanji doktor dibuat secara online, bermula daripada berjumpa dengan doktor, sampailah penghantaran ubat dan MC.
Syarikat-syarikat yang tawarkan servis ni pun muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan, dan salah satu syarikat tersebut, iaitu Doctor Anywhere ajak kami untuk cuba servis diorang. Jadi, masa staf kami mengalami senggugut (period pain) yang teruk, dia pun ambil peluang untuk cuba dapatkan ubat & cuti sakit melalui aplikasi ni.
Prosesnya agak mudah. Selepas staf kami isi beberapa maklumat (gambar IC, butiran penuh, sakit apa & alahan ubat) dan buat pembayaran sebanyak RM22, dia terus dihubungkan dengan doktor dalam masa kurang seminit je.
Dalam sesi konsultasi pula, doktor ada bertanya beberapa soalan untuk pastikan staf kami tak menghidapi masalah lain selain senggugut. Memandangkan staf kami cakap yang dia dah ambil panadol tapi masih sakit lagi, doktor cadangkan satu ubat tahan sakit yang lebih kuat. Doktor tersebut juga bertanya sama ada staf kami mampu pergi kerja atau perlukan MC.
Kemudian, staf kami dapat surat cuti sakit digital dan nota-nota dari doktor. Staf kami juga pilih untuk membeli ubat yang doktor cadangkan, dan runner Doctor Anywhere menghantar ubat ke rumah staf kami dalam masa 30 minit. Yang paling best, penghantaran adalah PERCUMA, dan harga ubat pun RM4.40 sahaja, jauh lebih murah dari harga di farmasi berdekatan iaitu RM5.60.
Secara keseluruhannya, staf kami sangat berpuas hati kerana servis ni jauh lebih senang dan cepat berbanding pergi ke klinik, kos keseluruhannya (RM26.40) lebih murah berbanding klinik yang biasa dia lawati, dan doktor ada menyediakan nota supaya staf kami tak lupa pesanan doktor.
Tapi, soalan yang paling penting adalah…
MC daripada Doctor Anywhere ni sah ke?
Sebab servis macam ni agak baharu, mungkin majikan atau HR akan terkejut bila tengok surat MC digital. Setakat yang kami semak di laman web Majlis Perubatan Malaysia (MMC), surat MC digital ni adalah sah sebab doktor-doktor dari servis ni berdaftar dengan MMC, tapi apa pula kata HR?
Kami pun tunjuk surat ni kepada bahagian HR kami. Selepas HR garu kepala sekejap, diorang terus telefon klinik yang didaftarkan dalam surat MC tersebut untuk pastikan MC ni sah. Klinik tersebut memberitahu HR kami, disebabkan konsultasi ni berlaku dalam app Doctor Anywhere, diorang perlu semak kesahihan MC ni melalui laman web Doctor Anywhere sendiri. Jadi HR kami pun Copy + Paste nombor ID dalam surat MC dan masukkannya ke pautan yang disediakan.
Kesimpulannya, HR kami terima surat MC ni. Tapi, ada juga kemungkinan yang HR korang akan rasa pelik kalau MC ni datang dari negeri lain (sebab servis ni ada doktor dari seluruh Malaysia), jadi pastikan korang baca dulu profil doktor dan pilih doktor yang berdekatan kalau risau timbul apa-apa isu. Korang juga boleh semak bahasa pertuturan doktor sebelum memilih doktor tu.
Menurut laman web Doctor Anywhere, servis ni boleh digunakan di mana-mana saja pada bila-bila masa. Penghantaran ubat juga adalah percuma bagi bandar-bantar utama di Malaysia seperti Lembah Klang, Kota Kinabalu, Penang, Johor Bharu, Kuantan, Ipoh dan lain-lain lagi.
Oh ye, jika korang ada penyakit yang perlukan doktor pakar seperti diabetes, darah tinggi atau sakit puan, Doctor Anywhere juga menyediakan servis konsultasi doktor pakar (specialist) dengan harga bermula RM100.
Dah tak sihat tu, kan lebih selesa jumpa doktor secara maya je
Dalam team kami, ramai juga staf yang lebih rela ambil EL bila dah betul-betul tak sihat, terutamanya staf wanita yang berdepan dengan senggugut. Jadi bagi kami, servis Doctor Anywhere ni memang satu game changer yang boleh memudahkan hidup kami.
Satu kerisauan yang timbul pada kami adalah, macam mana kalau orang ambil kesempatan dan gunakan servis ni untuk tipu MC? Menurut seorang doktor yang kami temu bual, beliau cakap mungkin kali pertama orang boleh tipu, tapi sebab para doktor boleh tengok sejarah kita termasuk jenis ubat dan kekerapan MC yang kita ambil, diorang boleh kesan sama ada pesakit tu memang memerlukan cuti, atau cuma berlakon sahaja.
Selain tu, doktor tersebut juga cakap yang mereka boleh pastikan ubat yang diberikan takkan menyebabkan interaksi negatif dengan ubat lain yang pesakit mereka ambil sebelum ni berdasarkan rekod pesakit tersebut.
Walaupun pada awalnya kami agak sangsi dengan keberkesanan berjumpa doktor secara maya, selepas mencuba sendiri servis ni dan mendengar penjelasan doktor tersebut, kami sangat berpuas hati dengan aplikasi Doctor Anywhere ni. Jadi kalau korang nak cuba sendiri, boleh muat turun aplikasi ini di Google Play Store atau Apple App Store.
- 899Share sekarang!
- Email20
- Facebook879
- Share