- 33Share sekarang!
- Facebook32
- Twitter0
- LinkedIn1
- Email0
Okay, rasanya semua dah tahu atau dengar-dengar pasal Himpunan Turun Anwar Sabtu lepas dari Pasar Seni sampai ke Dataran Merdeka. Orang berkumpul ramai-ramai pakai baju hitam minta Dato’ Seri Anwar Ibrahim letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Jadi berapa jumlah sebenar orang yang datang himpunan ni? Astro Awani anggarkan dalam 10,000 hingga 15,000 hadir berarak. Manakala Free Malaysia Today anggarkan 18,000 orang. Dan MalaysiaKini pula anggarkan sekitar 25,000 orang.

Tapi kalau dah banyak cakap lain-lain ni, siapa yang betul sebenarnya? Dan untuk ketahui…
Kami kira satu persatu… tapi ada cara yang lagi senang rupanya
Mula-mula kami kira manual, ya, satu persatu.
Bunyi macam gila. Dan memang lepas tu sakit kepala. Nasib baik kami jumpa kaedah lain untuk anggarkan bilangan orang yang hadir untuk acara, dinamakan ‘The Jacobs Method’. Prinsip asasnya: luas kawasan x kepadatan. Basically, kepadatan dikira berdasarkan sebanyak mana ruang satu orang ambil bila ramai orang berkumpul kat satu tempat. Ada tiga jenis kepadatan kumpulan.
- Kumpulan biasa – 0.93 meter persegi/seorang
- Kumpulan padat tapi terkawal – 0.42 meter persegi/seorang
- Kumpulan sesak – 0.23 meter persegi/seorang
Tak banyak gambar himpunan ni dari atas kat Internet, tapi kami jumpa rakaman dari Astro Awani yang boleh nampak khalayak orang berkumpul depan Bangunan Sultan Abdul Samad sekitar pukul 2.50 pm.
Dan dari video ni, nampaknya macam kumpulan padat tapi terkawal, jadi kami tinggal nak tandakan atas peta kawasan yang ada orang je…
…kira luas kawasan bertanda ni dengan kalkulator online, lepastu bahagikan luas ni dengan kepadatan kumpulan. Macam tu lah cara nak dapat anggaran kasar jumlah orang yang hadir ke himpunan ni. Macam ni la,
Jumlah luas kawasan: 10558.713m²
Kepadatan kumpulan: 0.42 m² setiap orang
Jalan kerja: 1.558/0.42
= 25,138 orang!
Dan dengan itu, anggaran MalaysiaKini paling hampir. Kejap, maksudnya?
Penganjur gagal capai sasaran ke?
Dari laporan-laporan awal, penganjur himpunan iaitu Perikatan Nasional (PN), menganggar sejumlah 300,000 orang akan hadir.
“Mereka nak hadir lebih ramai daripada apa yang kita umum, jadi kita pun dapat kiraan, dalam kalangan parti kita pun sudah cecah 100,000. Jadi kita anggarkan, (dengan) ahli parti komponen PN, orang awam, pihak berkepentingan, individu-individu yang berpengaruh, kehadiran akan cecah sekitar 300,000 pada hari himpunan,”
– Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ketua Pemuda PN/Ketua Pemuda PAS, dari FMT.
Dari pengiraan kami, lebih kurang 25,000 orang yang pergi berhimpun, bermaksud 8% je dari sasaran. Apa pun jangan lupa, pengiraan kami tak sepenuhnya tepat: hanya berdasarkan satu video dalam waktu tertentu dalam satu hari, dan hanya liputi satu kawasan himpunan yang dirakam.
Nak bandingkan dengan artikel sebelum ni di mana kami kira peserta BERSIH, himpunan Turun Anwar tak ada banyak gambar dari atas, jadi kiraan kami tak merangkumi semua kawasan pun. Satu yang kami boleh cakap, berkemungkinan bilangan peserta bertambah menjelang petang. Mungkin juga tak disebabkan hujan.
Jadi korang setuju ke dengan pengiraan kami? Boleh komen!
- 33Share sekarang!
- Facebook32
- Twitter0
- LinkedIn1
- Email0