Kalau sebut Pavilion Residences, apa yang korang ingat? Tolonglah jangan cakap tempat ‘budak ootd’ lepak ye, yang itu Pavilion Mall, bukan Residences!
Pavilion Residences adalah tempat bermulanya satu serbuan barang-barangan berharga milik Najib dan Rosmah yang telah disita oleh PDRM pada 2018 atas dakwaan isu 1MDB.
Semua beg dan kotak yang keluar dari pintu masuk kondominium ni memang memukau mata! Isu ni dah berlaku empat tahun lepas, tapi tu la kami terfikir satu benda: berapa banyak duit perlu disimpan untuk beli semua barang-barang Najib dan Rosmah ni?
Kami senaraikan beberapa barang itu dan kami kirakan berapa lama korang perlu menyimpan kalau nak membelinya jika gaji korang RM3K sebulan.
1. 567 beg tangan — anggaran harga: RM61.4 juta
272 beg tangan Hermes Birkin sahaja sudah bernilai USD$12.7 juta (sekitar RM55 juta hari ini). Walaupun kami tidak dapat mencari nilai bagi beg-beg yang lain, jenama-jenama yang turut dijumpai adalah Prada, Chanel, Judith Leiber, dan Bijan.
Beg Prada dan Chanel yang paling mahal yang ada di Zalora berharga sekitar RM20K setiap satu, jadi kami mengambil angka itu dan didarabkan dengan 295, dan menambahnya kepada RM55 juta.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk korang mampu membeli 567 beg: 1,705.5 tahun.
2. 423 jam tangan — anggaran harga: RM78 juta
PDRM telah merampas lebih 100 jenama jam tangan pelbagai jenama seperti Rolex, Chopard dan Richard Mille. Oh ye, jam Najib dalam gambar muka artikel ni harganya perghhh…. RM165,567.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk korang mampu membeli 423 jam tangan: 2,166.6 tahun.
3. Kira-kira 12,000 barang kemas — anggaran harga: RM660 juta
Bayangkan dalam rumah korang ada barang kemas sebanyak ni:
- 1,400 rantai.
- 2,200 cincin.
- 2,100 gelang.
- 2,800 subang telinga.
- 1,600 kerongsang.
- 14 tiara.
Rupa-rupanya, barang kemas paling mahal yang dirampas adalah kalung kuning-emas dengan berlian bernilai RM6.4 juta.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk korang mampu membeli semua barang kemas ni: 18,333.3 tahun.
4. 234 cermin mata hitam — anggaran: RM374K
Satu cermin mata hitam ni harganya RM1,600 mat! Boleh beli motor sebijik.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk korang mampu membeli semua cermin mata hitam tu: 10.4 tahun.
5. Dianggarkan wang tunai RM116.7 juta
Mata wang dari 26 negara ditemui dalam 35 beg, termasuk 2.87 juta rupee Sri Lanka (kira-kira RM34K). Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, Amar Singh, pihaknya mengambil masa 22 hari untuk mengira wang tersebut.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk korang mampu ada duit ni: 3,241.6 tahun.
Habistu, mana semua barang-barang ni sekarang?
Busuk-busuk kami kira, semua barang yang dikeluarkan oleh PDRM yang dikeluarkan berjumlah sekitar RM1.2 bilion, dan jika korang memperoleh RM3K sebulan, korang tak boleh membelanjakan wang untuk sebarang benda lain selama 25457.4 tahun untuk membeli barang-barang tersebut.
Pada tahun 2019, mahkamah menolak permohonan kerajaan untuk melucutkan:
- 11,991 barangan kemas.
- 401 tali jam dan 16 aksesori jam.
- 234 cermin mata hitam.
- 306 beg tangan.
- RM114,164,393.44 dalam bentuk wang tunai.
Pada mulanya kerajaan ingin membuat rayuan terhadap penolakan kes saman pelucuthak, namun keputusan tersebut telah ditarik balik. Jadi buat masa sekarang, wang tunai tersebut telah dikembalikan kepada Najib dan UMNO.
Sementara kerajaan pada mulanya mahu merayu terhadap penolakan saman pelucuthakan itu, mereka telah memilih untuk tidak berbuat demikian pada akhirnya. Buat masa sekarang, wang tunai telah dikembalikan kepada Najib dan UMNO.
Setakat yang kami tahu, Najib dan Rosmah masih cuba membuat tuntutan ke atas barang-barang lain yang nampaknya disimpan di Bank Negara sementara menunggu kes selesai. Beberapa hari lalu, Rosmah dan sebuah syarikat barang kemas Lubnan berebut gelang berlian emas putih bernilai kira-kira RM960K, dan Najib mahu 7 jam tangannya kembali.
Jadi, sampai sini sajalah, nanti apa-apa info terbaru kami update, okay?!
Artikel ini diterjemah daripada laman Bahasa Inggeris kami, CILISOS.