Anak kambing muka macam orang? Kami cuba siasat sebabnya dan terkejut bila dapat tahu

Beberapa hari lepas, Malaysia telah digemparkan dengan berita kelahiran seekor anak kambing yang menyerupai seakan-akan wajah manusia di Felda Sungai Mas, Johor.

Anak kambing itu ditemui oleh seorang peneroka Felda ketika beliau sedang memantau kandang haiwan peliharaannya itu.

Anak kambing berwajah manusia. Image dari Facebook Orang Kota - Tinggi
Anak kambing berwajah manusia. Image dari Facebook
Orang Kota – Tinggi

“Selepas dimaklumkan mengenai ‘benda ganjil’ itu, saya segera memeriksa dan mendapati keadaan fizikalnya tidak seperti kambing lain termasuk berhidung pesek, bermulut lintang dan empat kakinya juga pendek berbanding kambing lain”- Ibrahim Basir (pemilik kambing tersebut) dipetik dari Harian Metro.

Tapi… camne benda ni boleh terjadi? Ada kaitan dengan El Nino ke? Uji kaji Alien ke? Atau… ia terjadi daripada percampuran benih manusia dan kambing? Itulah antara respon orang ramai bila perkara ni mula menjadi viral.

Ramai orang mempersoalkan bahawa makhluk ini adalah hasil daripada …. ‘bestiality’ – seseorang yang melakukan hubungan seks dengan haiwan. Kini pihak gomen Johor sedang mengkaji dan menyiasat bangkai haiwan tersebut jika ia ada kaitan dengan sifat bestiality.

Sebenarnya perkara ni bukanlah pertama kali pon berlaku. Kalau korang nak tahu, kes yang sama seperti ni juga pernah dilaporkan terjadi di Argentina, Russia, Turkey, and Nigeria (klik link tersebut untuk melihat gambar-gambar yang ngeri).

Ia kelihatan cukup menyeramkan, tapi persoalannya adakah hibrid/kacukan manusia-haiwan ni sesuatu yang mustahil?

Adalah mustahil bagi manusia-bercampur-haiwan untuk kelahiran semulajadi

Bila kami kata “kelahiran semulajadi”, maknanya bukan la lahir daripada perut alien ke, hantu ke, tapi hanyalah hasil yang berlaku apabila seorang lelaki mencintai wanita.

Dan bukan gabungan manusia-haiwan je yang mustahil, tetapi juga gabungan pembiakan dari baka spesies lain dengan spesies yang lain.

Anda tidak boleh memasukkan kambing dan kanggaru di dalam satu bilik dengan mood romantik dan mengharapkan kelahiran baby goat-a-roos selepas beberapa trimester kemudian.

Ini dipanggil penspesiesan, dan ia berlaku apabila populasi haiwan, atas pelbagai sebab, berkembang ke titik di mana mereka tidak boleh membiak dengan jayanya dengan haiwan lain (“kejayaan” dalam kes ini bermakna membuat lebih daripada diri mereka sendiri) – Columnist Miss Cellania, on Neatorama.

Dalam erti kata lain, gorila dan gajah tidak boleh diacukkan kerana genetik mereka terlalu berbeza, tetapi harimau dan singa, atau keldai dan kuda dan zebra boleh diacukkan (penghibridan).

Tapi walaupun haiwan kacukan ni ada yang wujud, kebanyakan mereka semua adalah sterile, iaitu tak mampu membiak dan melahirkan anak.

Mesti korang terpikir bahawa manusia dan cimpanzi boleh melakukan persenyawaan bersama (kerana mereka berkongsi 98% daripada DNA manusia). Walau macam mana pon, takde lagi kes yang direkodkan tentang kelahiran hibrid manusia+cimpanzi. (Cimpanzi bernama Oliver yang orang ramai fikir ia adalah sebahagian manusia, namun akhirnya terbukti yang ia hanya cimpanzi normal)

Hibrid manusia-campur-cimpanzi.  Image dari Wikipedia.

Tapi ….. adakah ianya eksperimen?

Ya! Ahli-ahli sains membuat eksperimen gabungan manusia-haiwan

Kewujudan manusia cimpanzi tu sebenarnya adalah merupakan satu eksperimen oleh saintis Soviet Ilya Ivanovich Ivanov, pada awal tahun 1900-an. Mereka juga turut membuat penyelidikan embrio manusia-haiwan (persenyawaan telur).

Kebanyakkan tujuan penyelidikan ni sebenarnya untuk perubatan seperti mencari penawar untuk penyakit, menghasilkan darah untuk pemindahan darah dan perkembangan pemindahan organ manusia. Benda-benda yang boleh menyelamatkan nyawa beb!!

“…terima kasih kepada kerja-kerja penyelidikan di beberapa institusi di Amerika, kerana mereka telah membuktikan perkembangan pemindahan organ manusia. Ia telah menyelamatkan nyawa para pesakit setelah sekian lama mereka menanggung” – Columnist Doug Bolton, on INDEPENDENT

Of course lah teknologi (gabungan manusia-haiwan) ni ada menimbulkan kebimbangan dari segi etika dan agama tapi setakat ni ianya hanya boleh dibuat daripada eksperimen di makmal sahaja.

Mungkin anak kambing yang menyerupai seakan-akan wajah manusia ni sebenarnya hanya mengalami kecacatan je…

Gambar anak kambing yang menyerupai seakan-akan wajah manusia ni bila kita lihat semula dari pelbagai angle, takde lah rupa macam manusia sangat pun.

Doktor haiwan di beberapa negara telah membuat kesimpulan bahawa haiwan-haiwan yang mempunyai gabungan seperti manusia ni berlaku disebabkan oleh komplikasi kehamilan atau mutasi genetik yang disebabkan oleh bahan kimia.

Dan sementara gomen tengah sambung penyiasatan dorang kat kambing ni, kita harap dorang tak buat kesimpulan yang ianya hasil persenyawaan manusia dan haiwan kerana ianya mustahil dari segi saintifik (dan ini bukanlah kali pertama gomen buat kesilapan saintifik yang besar.)

Sebaliknya, besar kemungkinan kambing ini hanyalah mengalami kecacatan sahaja. Dan komen ni memang on point pasal bestiality:

“Bestiality – perbuatan aktiviti seks antara manusia dan haiwan – telah wujud puluhan ribu tahun, namun ia tidak pernah menghasilkan hibrid (gabungan manusia-haiwan) walaupun mereka sudah membuat pelbagai percubaan” – Commentor Sky, on Yahoo answers.

(Artikel ini asalnya ditulis dalam English, boleh baca kat sini.)

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)