Akhbar tahun 1897 tunjukkan pandangan kita tentang pekerja asing

Beberapa minggu lepas, penulis kami UiHua jalan-jalan cari makan kat Perpustakaan Negara Malaysia. Sambil mengulangkaji pelajaran, dia terjumpa keratan The Malay Mail dari tahun 1987. Benda-benda yang ditulis boleh tahan mulut lazer jugak la.
chinese-immigrant-clippings

TL;DR – Mamat ni bagitau The Malay Mail yang orang Cina selalu sembur air kat baju supaya senang nak diseterika. Masalahnya bukan kain baju je yang kena, tepung pun kena. Ada jugak yang kata stail sembur air ni boleh bawak penyakit, dalam masa yang sama diaorang sedar yang pekerja-pekerja Cina ni memang berguna.

Latar belakang: Dulu-dulu, pekerja asing kaum Cina dan India digunakan sebagai pekerja dobi untuk orang Inggeris di Malaysia. Menurut keratan akhbar tadi, majikan dari Pantai Pasifik yang upah diaorang sebagai tukang dobi dan tukang masak dah tak tahan dengan diaorang. Belek punya belek, rupa-rupanya kat Amerika khidmat dobi orang Cina ni memang dah biasa.

Kedai dobi memang satu perniagaan yang ideal buat imigran Cina, sebab ia tak memerlukan kemahiran istimewa atau sebarang venture capital, dan pemuda-pemuda Eropah dan Amerika tak mahu buat kerja-kerja macam ni – Kolumnis Alice Myers, immigrationtounitedstates.org

Berdasarkan dua keratan kat atas, nampak gayanya omputeh dulu-dulu selalu upah pekerja asing untuk buat kerja-kerja “kotor”.

Ok, tu je dua keratan akhbar yang kami ada setakat ni. “Hah dua je? Cis bedebah kau Hang Jebat” Minta maaf ye dik, nak habaq yang artikel ni sebenarnya bukan pasal suuuuurat khabar lamaaaa~~~ #yaampun #tipudosa

Sepraiss! Artikel ni sebenarnya pasal kemasukan 1.5 juta pekerja asing ke Malaysia!

Secara tepatnya, pekerja dari Bangladesh. Baru je haritu gomen ada umumkan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam masa tiga tahun akan datang (lepas tu tiba-tiba dibekukan pulak). Cerita ni dah mula kedengaran sejak Julai 2015 lagi, tapi baru ni kerajaan Bangladesh dah sahkan yang ianya merupakan perjanjian antara kerajaan.

1.5 juta ni bukan sikit ye, jadi of course lah ramai yang mula risau… tentang pekerjaan,

jenayah,

duit $$$$$$$,

dan, er… lain-lain lagilah.

Sampaikan ada pulak yang kata bertambahnya pekerja asing ni boleh menyumbang kepada keganasan, kes rogol, dan hilangnya peluang perniagaan. Punyalah kecoh sampai Namewee ada buat filem yang berkaitan (tapi kena gam kat Malaysia). Bukanlah nak kata yang pendapat-pendapat ni salah, tapi kita kena ingat yang ini bukan kali pertama ada kemasukan pekerja asing secara beramai-beramai.

Alah, tak lama sangat pun sebenarnya…

Tapi dari zaman British dulu dah start ambil pekerja asing…

Imej asal oleh Xinhua dari Liu Jiansheng.

British mula datang kat beranda rumah kita pada tahun 1771 bila mereka menawan Pulau Pinang daripada Kedah. Tapi hanya pada lewat kurun ke-19 yang British mula dapat pegang kebanyakan kawasan di Malaya dan Kepualuan Borneo. Waktu tu la banyak nenek moyang kita berhijrah datang secara berjemaah.

Tulisan akademik daripada Meyjuhee Umey ini membincangkan sebab-sebab kenapa banyak pekerja Cina dan India datang ke Malaysia sewaktu pemerintahan British. Kami ringkaskan kepada dua poin:

1. Orang Cina dan India nak keluar dari negara masing-masing akibat penindasan.
2. Tak cukup orang untuk bekerja di Malaya.

Imej dari devology.wordpress.com

Mereka datang ke Malaya secara sukarela sebab British menjanjikan peluang pekerjaan sepenuhnya kepada orang Cina.

Perlunya pekerja dalam sektor pertanian sperti getah, tebu, kopi, dsb adalah sebab-sebab utama datangnya orang India – Tulisan akademik daripada Rochelle Rut.

Perenggan ini mengatakan yang 100,000 orang Cina dan 100,000 orang India datang setiap tahun pada 1911. Dan daripada keratan akhbar di atas, memang pekerja-pekerja asing ni multi-tasking sungguh.

Amboih pak British time dulu-dulu pun… imej dari tallarmeniantale.com

Macam pernah dengar je, tapi di mana ya…

Adakah masalah akan selesai kalau diaorang dilarang masuk?

Menjawab segala reaksi negatif akan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh, TPM Zahid Hamidi berkata:

Pekerja ni semua akan terlibat dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam sektor perladangan dan akan memenuhi permintaan di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak – TPM Zahid Hamidi, dipetik daripada The Malaysian Insider.

Of course ramai yang tanya, celah mana pulak ada permintaan tinggi bila pada masa yang sama kita banyak penganggur? Kami dah cerita pasal hal ni dalam artikel kami yang lepas, dan salah satu sebabnya adalah kerana belia Malaysia tak mau kerja-kerja yang pekerja asing ni buat, walaupun gajinya boleh tahan!

Imej asal dari live-less-ordinary.com tapi ambil dari says.my

Kalau memang itu lah masalahnya, kita berentikan kemasukan perkerja asing pun tak guna, betul tak?

Ada yang masih timbulkan isu keselamatan, dan kadang-kadang memang kita dengar jugaklah beberapa kes jenayah contohnya di sini, sini dan sini.

Memanglah kita tak boleh bagi muka pada kes-kes macam ni, tapi bila tengok kebanyakan kes jenayah bukan semestinya datang daripada Bangladeshi, tapi daripada rakyat tempatan jugak.

Majoriti pesalah dalam jenayah ini datang daripada latar belakang sosioekonomi yang rendah, ramainya dari kawasan Felda, tidak berpelajaran tinggi dengan kadar gaji yang lebih rendah daripada purata. 66% daripada pesalah ini adalah Melayu dan 82% berumur lebih 50 tahun, di mana mangsa berumur bawah 16 tahun. – The Malaysian Insider.

Setakat ni ada banyak pendapat yang bercanggah akan baik buruknya kemasukan besar-besaran ni. Artikel ini dan ini mengatakan yang ianya akan memberi kesan buruk, manakalah artikel ini dan ini tak bersetuju dan mengatakan masalah takkan selesai kalau mereka dihalang masuk.

Dan kadang-kadang kita diperingatkan yang pekerja Bangladesh ni pun manusia juga.

“Saya sendiri pernah menyaksikan situasi yang melibatkan orang dari Bangladesh. Yang pertama adalah kes rompakan. Bukan orang Malaysia yang kena rompak, tapi orang malaysia yang merompak mamat Bangladesh yang baru je dapat gaji. Dia takde duit nak hantar ke Bangladesh, menangis dia balik ke rumah.” – Omar Kutty di The Malaysian Insider.

Jadi kena ingat lah, mereka juga adalah mangsa.

Dan kadang-kadang, kita jugak yang menyumbang. Komik dari Sukhbir Cheema.

Mungkin apa yang kita paling risau adalah… mereka ni dibawa mengundi?

Imej dari CNN.

Memang ada kemungkinan yang pekerja asing akan digunakan dalam GE14, GE15, dan apa-apa pilihanraya lagi. Setakat ni satu bukti pun tak jumpa, tapi khabar angin ni dah berdesas-desus sejak 2011 lagi. Dan semenjak pengumuman 1.5 juta ni, makin kencanglah khabar ni berangin. Ayahanda Rani Kulup sendiri pun join sekaki!

Dulu Zahid Hamidi (time tu masih lagi Menteri Dalam Negeri) berkata yang 1.5 juta pekerja ni diambil dari Bangladesh sebab diaorang lebih setia, dan pekerja asing sebenarnya ada IC istimewa (yang diperkenalkan pada 2013, juga dikenali sebagai i-Kad, dan warnanya bergantung kepada sektor masing-masing).

Image dari sinchew.com.my

Jadi boleh kata yang rasa tak puas hati orang ramai tak semestinya kepada pekerja asing, tetapi tak puas hati kepada orang yang menggunakan mereka untuk tujuan politik.

Dah tu kita biar je ke pekerja asing masuk sama macam zaman British dulu?

Memang boleh faham lah kalau ramai daripada kita yang ragu-ragu akan kemasukan pekerja asing, dan hal-hal tu semua memang perlu diambil perhatian. Tapi cara kita bersuara tu tak selalunya betul. Sebab sekarang ni, macam-macam perkara tak elok yang jadi.

Bangladeshi kena belasah kerana dikatakan merogol seorang remaja perempuan. Imej dari The Star.

Cuba kita fikirkan cara yang lain.

“Kalau kita tak setuju dengan kemasukan pekerja asing secara besar-besaran, jom kita bincangkan dengan fakta-fakta. Perkara ni adalah berkaitan dengan isu samada kita bersetuju dengan kemasukan besar-besaran ataupun tidak, dan bukannya disebabkan perkauman.” – Omar Kutty di The Malaysian Insider.

Contohnya bolehlah dilihat pada ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong apabila beliau membentangkan kenapa kemasukan besar-besaran ini sebenarnya tak berapa elok.

Mengurangkan jumlah pekerja asing kurang mahir adalah asas bagi sebuah negara yang dibina atas kemahiran, inovasi dan teknologi, dan bukannya tenaga buruh. – ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, dipetik daripada Free Malaysia Today.

Haa, kan lagi elok macam tu, tak perlu pun jadikan 1.5 juta rakyat Bangladesh buruk sangat di mata kita.

P.S: Kalau korang nak tau macam mana British layan pekerja asing, jom singgah kat Perpustakaan Negara. Bukan surat khabar je yang retro, komputer sebijik-sebijik pun boleh tahan retro!

(This article is translated from CILISOS, read the original English version here.)