- 52Share sekarang!
- Email1
- Facebook51
- Share
Salah satu daripada banyak persoalan mengenai kematian yang ingin diketahui adalah bagaimana kehidupan kita akan berakhir atau di mana korang mahu berehat. Sebenarnya, sebilangan daripada kita mungkin sudah mempunyai rancangan di mana kita akan dikebumikan atau dibakar (bagi agama tertentu).
Namun, antara semua persoalan ini, yang mungkin tidak terlintas di fikiran kita adalah di mana kita akan dipindahkan atau dikuburkan semula. Jadi kenapa kita tanya soalan yang agak janggal ni?
Hal ini demikian kerana memindahkan dan menguburkan semula mayat merupakan perkara yang luar dari pemikiran kita. Bukan itu sahaja, tempat perkuburan pun sudah tiada ruang bahkan kos pengebumian pun sangat mahal. Oleh itu, pemindahan kubur mayat dilaksanakan tetapi perbuatan ini salah di sisi Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kalau korang nak tahu, banyak sebenarnya perkara tentang pemindahan mayat dan mari kami ceritakan tentangnya.
Menggali mayat semula boleh dilaksanakan dengan bersyarat
Sebelum itu, mari kami jelaskan tentang Akta Kerajaan Tempatan 1976 menyatakan bahawa semua perkuburan harus dijalankan dengan lesen sah yang diberikan oleh majlis bandaraya. Kesemua mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan ini tidak boleh digali dan dipindahkan tanpa alasan yang sah.
Sebenarnya, banyak sebab mengapa mayat orang mati digali dan akta itu sendiri menyatakan beberapa perkara antaranya untuk siasatan kehakiman. Contohnya, perkara ini dilakukan oleh polis yang menggali mayat mantan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan, untuk mempermudahkan siasatan atas kematian beliau.
Akta ini juga menyatakan bagaimana mayat perlu digali dan dipindahkan jika mereka dikebumikan di tanah perkuburan yang tidak berlesen. Ini bermaksud jika korang menggali kubur dan menguburkan seseorang di tanah rawak yang bukan tanah perkuburan, korang akan didenda RM1,000 atau menjalani hukuman penjara tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya.
Walau bagaimanapun, sebenarnya menggali semula mayat dibenarkan tetapi dengan syarat iaitu korang perlu meminta keizinan dari majlis bandaraya tetapi akan dikenakan bayaran. Berdasarkan laman web Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pengebumian semula di tanah perkuburan awam akan dikenakan bayaran sebanyak RM100. Jika mahukan pakej istimewa, kena bayar lebihlah. (boleh baca artikel tentangnya di sini).
Terdapat banyak lagi sebab pengebumian semula antaranya:
- Tapak perkuburan lama dalam keadaan buruk disebabkan cuaca dan serangan makhluk perosak.
- Feng Shui. Contohnya, jika keluarga korang sentiasa menghadapi nasib malang, maka ini mungkin ada kaitan dengan tempat pengebumian ahli keluarga yang mati.
- Terdedah daripada bahaya ketika menziarah. Contohnya, tapak perkuburan itu menjadi sarang penagihan dadah atau tempat jenayah.
- Memudahkan keluarga untuk meziarahi tapak perkuburan ahli keluarga.
- Pembangunan tanah seperti yang berlaku di Pengerang, Johor pada tahun 2014 apabila 3,000 kubur Cina dipindahkan untuk memberi jalan kepada projek bernilai RM60 bilion.
Seperti yang dinyatakan, pemindahan kubur dilakukan kerana kawasan tapak pengebumian berkurang lebih-lebih lagi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, dan Johor Bharu. Malah, DBKL pernah melaporkan bahawa tidak ada lagi tanah untuk mengebumikan orang mati di KL.
Menurut Presiden Persatuan Perkuburan Cina Persekutuan Selangor dan Kuala Lumpur, Lee Chun Kong, kebanyakan tanah perkuburan Cina sudah penuh dan tiada ruang.
“Di sini, tapak pengebumian di perkuburan China semakin berkurang dengan lebih 70% ruang habis” – Lee Chun Kong, Presiden Persatuan Perkuburan Cina Persekutuan Selangor dan Kuala Lumpur, dipetik dari The Star.
Kubur di tapak perkuburan yang lama boleh digunakan semula?
Sebut sahaja tentang kekurangan tanah untuk mengebumikan si mati, kita tidak boleh lupa dengan jiran kiasu kita iaitu Singapura. Hal ini kerana mereka masih merupakan negara yang lebih kecil daripada negara kita walaupun terdapat kegiatan penambakan tanah. Oleh itu, kita tertanya-tanya bagaimana mereka menangani masalah ini?
Kalau korang nak tahu, negara ini memiliki dasar yang disebut Dasar Perkuburan Baru yang dilaksanakan pada tahun 1998 untuk mengatasi masalah ini. Polisi ini menghadkan pengebumian selama 15 tahun. Ini bermaksud apabila seseorang yang meninggal dunia dikebumikan selama 15 tahun, jenazah akan digali dan dikebumikan semula, mengikut kehendak agama si mati.
Mayat akan diberikan kepada Badan Lingkungan Nasional untuk pembakaran mayat dan kemudian diletakkan di pasu yang dikenali sebagai guci. Sisa-sisa mayat yang akan dikuburkan semula, digali dan ditempatkan bersama tujuh jenazah yang lain di dalam peti mati.
Walaupun Singapura mempunyai sistem canggih mereka yang tersendiri, Malaysia juga mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi kekurangan tanah. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebenarnya membenarkan kubur di tanah perkuburan lama digunakan semula jika mahu mengebumikan jenazah lain kerana pembakaran mayat adalah salah di sisi Islam.
Dalam perbincangan pada tahun 1992 mengenai pengurusan tanah perkuburan, ijmak ulama’ sebenarnya tidak membenarkan menggali semula kubur kerana ingin menjaga penghormatan dan kemuliaan jenazah. Namun, menurut tokoh ulama’ mazhab Syafie iaitu Imam Al-Nawawi berpendapat bahawa kubur yang lama dibenarkan untuk digali semula tetapi mayat tersebut harus hancur menjadi tanah.
Kubur tersebut juga tidak boleh dijadikan tapak pembinaan atau diratakan jika tanah tersebut ialah tanah perkuburan awam kerana hal ini menimbulkan andaian orang ramai iaitu seolah-olah kubur tersebut adalah kubur baru.
Berikutnya, Ibnu Qudamah al-Hanbali juga membahaskan pendapat yang sama iaitu jika korang yakin bahawa mayat tersebut telah hancur dan reput, maka dibenarkan untuk menggali semula kubur tersebut untuk ditanam mayat yang baharu.
Bagi orang bukan Islam, tanah perkuburan awam di KL dan Petaling Jaya telah mempraktikkan ‘pemulihan’. Sama seperti sistem di Tanah Perkuburan Islam Singapura, pelaksanaan ini melibatkan pencampuran satu mayat dengan mayat yang beberapa tahun kemudian dikebumikan.
Menurut Francis J. Mascrinhos @ Paus dari Perkhidmatan Pemakaman Norman, menggali kubur semula telah menjadi kaedah yang popular di kalangan orang Kristian di KL dan PJ.
“Banyak orang memilih untuk mengembalikan semula, iaitu dua-dalam-satu, atau jika diizinkan, bahkan tiga-dalam-satu.”- Francis J. Mascrinhos, Paus, dipetik dari Malay Mail.
Tambahan pula, Lee Chun Kong menyebutkan bahawa terdapat satu “trend” iaitu ramai orang beralih ke pembakaran mayat kerana kekurangan tanah dan kos yang tinggi. Kalau korang nak tahu, tapak pengebumian di tanah perkuburan peribadi sangat mahal iaitu satu tapak pengebumian keluarga untuk 10 orang boleh menelan belanja kira-kira RM280,000.
Pulau Pinang lagi banyak tempat untuk orang mati daripada kawasan perumahan?
Isu kekurangan tanah untuk mengebumikan orang mati tidak menjadi masalah bagi semua orang di Malaysia. Walaupun isu ini mungkin menjadi masalah bagi penduduk di KL, namun dilaporkan tidak menjadi masalah sama sekali bagi penduduk di Pulau Pinang.
Hal ini kerana Pulau Pinang mempunyai banyak kekosongan tanah untuk orang mati daripada yang masih hidup walaupun menghadapi masalah kekurangan tanah dan kekosongan tanah ini masih ada sehingga hari ini.
Menurut pengarah eksekutif Penang Hindu Endowment Board (PHEB) Datuk M. Ramachandran, kawasan pengebumian Batu Lanchang menunjukkan penguburan lebih sedikit setiap bulan (kira-kira dua hingga tiga pengebumian sebulan). Bukan itu sahaja, tanah perkuburan Islam di Pulau Pinang juga mempunyai tanah perkuburan yang banyak.
Hal ini kerana 90% orang memilih untuk membakar mayat berbanding mengebumikan mereka. Tambahan pula, Ramachandran menyebutkan bahawa ada juga yang memilih untuk menguburkan saudara mereka dalam tapak yang sama.
“Mereka mungkin menguburkan saudara-mara yang lain dalam tapak yang sama, selama enam tahun berlalu dari pengebumian terakhir.”- Datuk M. Ramachandran, pengarah PHEB, dipetik dari The Star
Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, isu ini terjadi disebabkan penghijrahan orang dari satu negeri ke negeri lain. Oleh itu, isu ini juga menyebabkan pertambahan penduduk di kawasan tertentu seperti KL.
Kajian itu juga menyatakan bahawa penghijrahan ini seringkali menyukarkan unjuran dalam perancangan pengebumian orang mati untuk majlis perbandaran. Hal ini demikian kerana kawasan-kawasan tertentu seperti Pulau Pinang mempunyai kawasan perkuburan yang banyak sementara kawasan lain seperti KL mungkin tidak mempunyai ruang untuk menguburkan orang mati.
Menurut Ketua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, pihak berkuasa telah membuat rancangan untuk menjadikan kawasan perkuburan ini dapat bertahan selama 20 tahun.
“Kami telah meneliti statistik dan menyusun rancangan untuk memastikan akan ada tanah perkuburan yang cukup selama 15 hingga 20 tahun ke depan.”- Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Ketua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, dipetik dari The Star.
Dalam pada itu, bukan di Pulau Pinang sahaja, malah KL di 20 kawasan tanah perkuburan Muslim juga dapat bertahan selama 30 tahun dari sekarang.
Oleh itu, kekurangan tanah menjadi masalah bagi yang hidup dan mati di bandar-bandar besar sejak sekian lamanya. Masalah ini tidak akan dapat diselesaikan dalam waktu dekat, terutama ketika ada tanah yang tersedia untuk mengebumikan orang mati. Namun, yakinlah bahawa dengan kaedah yang ada untuk mengebumikan orang mati, akan ada tempat rehat yang cukup untuk semua orang.
- 52Share sekarang!
- Email1
- Facebook51
- Share