SPONSORED

Ada pengalaman teruk masa nak tengok movie? Kongsikan dengan kitorang!

Dapat tonton filem yang korang dah tunggu berbulan-bulan adalah satu nikmat yang tak dapat didustakan. Nak nak lagi kalau tengok dengan yang tersayang, mahupun yang pura-pura sayang.

Haa mengaku cepat! Gif dari gfycat.com

Tapikan, tak ke spoil bila ada sorang ‘mat terang’ dalam pawagam tu. Dari A sampai Z bercerita, sampai orang lain tak boleh fokus. Tu satu, tak masuk lagi yang bawa makanan yang berbau kuat, dan menusuk hidung. Nak nak pula makanan tu sebenarnya tak dijual oleh pawagam yang korang masuk tu. Contohnya macam responden dalam survey GSC yang kitorang sebelum ni, yang bawak masuk ayam percik, roti canai, dan makanan lain. Ekstrem gak eh korang ni?

Tapi, alangkah bagusnya kalau korang tak perlu hadap semua ni, kan?

Cuba pulak korang bayangkan kalau dapat tengok wayang atas seat mewah yang selesa. Tak cukup dengan tu, korang dihidangkan pula hidangan kontemporari ala fine dining.

Ia bukanlah satu mimpi lagi, sebab partner kitorang, GSC baru je memperkenalkan hall terbaru yang boleh layan korang macam raja, iaitu di Aurum Theatre. (Uuuu, nama pun canggih).

Aurum Theatre ni ada tiga hall dan kesemuanya bukan main cantik lagi. Pertamanya adalah Getha Lux Suites – memang high-end, dengan pengalaman mewah sepenuhnya. Diorang punya sofa sandar mewah tu pula, akan bagi sokongan untuk postur badan korang, bersama dengan bantal dan selimut supaya korang selesa. Dan ya, semua tu akan ditukar selepas setiap kali tayangan.

Sambil-sambil tu, korang letak je phone korang atas tempat duduk tu, dan tadaa! Phone korang dicas secara wireless! Tapi kalau korang jenis oldschool, USB charger juga disediakan.

Selain tu, mereka juga ada Comfort Cabins (eksklusif di The Gardens Mall) untuk sesiapa yang nak merasai pengalaman Gold Class. Juga ada sofa sandar mewah macam di Getha Lux Suites, ia juga datang dengan selimut yang selesa, lampu peribadi, dan pengecas telefon.

Dan yang terakhir sekali adalah Escape Studios (eksklusif di The Gardens Mall), yang menawarkan tempat duduk pelbagai kepada movie goers, macam La-Z Boy rockers, sofa sandar mewah IMG, dan juga sofa 4-tempat duduk. Mereka juga ada beberapa tema hiasan, dan yang paling kitorang suka? Mestilah yang direka dengan gaya Wes Anderson!

Tak lengkap la tengok movie tapi tak makan dan minum, kan? Kalau korang nak rasa makan fancy sikit, tekan je butang dan order je makanan mewah macam hotel yang dimasak fresh oleh chef-chef yang berpengalaman di Jin Gastrobar! Korang boleh pilih dari nak makanan berat, sharing plates, kudap-kudapan, dan juga koktail. Tak payahlah nak kena keluar panggung wayang beli makanan, mahupun seludup lagi, kan?

Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Tahap mewah dan eksklusif, udang pun diorang kopekkan siap-siap. Imej dari GSC

Dan sebenarnya, kalau korang betul-betul nakkan privacy atau rancang benda-benda special (ahem*nakkahwindengansayatak*ahem), GSC ada Private Screen untuk private function. So korang duduk la dalam 20 orang dalam tu, hoskan movie yang korang sendiri nak, dan ada F&B dari private bar.

Eh dah cerita panjang-panjang ni… kitorang sebenarnya curious jugalah untuk menyibuk…

Apa pengalaman tak best korang di panggung wayang?

Kalau korang betul-betul nak rasa pengalaman mewah ni (RM150 untuk Getha Lux Suite + F&B), korang mestilah rasa tak nak dikacau walaupun sesaat. Dan sebab tu la GSC dengan kitorang saja kepoh sikit nak tahu, apa PENGALAMAN TAK BOLEH BLAH KORANG di pawagam!

Tak kisahlah perasaan lawak, sedih,  mistik, mahupun bistik, atau terkena gangguan tak kiralah dari makhluk halus mahupun makhluk kurang halus.

Contoh: Kena sepak kerusi padahal takde orang kat belakang? Popcorn korang tercampak ke depan… ada orang kutip makan tak? Atau nampak kekasih korang dating… dengan bapak korang sendiri? Korang pergi sergah, report kat mak atau menangis tepi bucu katil je?

Bagitahu pengalaman korang sekarang! Entri-entri paling best dan kreatif akan disiarkan dalam artikel kitorang, dan kitorang nak hadiahkan Cilisos tambah pedas kitorang yang limited edition ni! Cepat, contest berakhir pada 17 Januari 2020!

Nama*

Emel*

Pengalaman tak best korang kat panggung wayang

Pastu, korang buat apa?

Kalau korang tak buat apa-apa, apa korang akan buat kalau masa boleh diulang?

Korang ingat tak movie apa, dan kat mana?

Korang ada gambar waktu kejadian? (Mana la tahu korang sempat snap sebagai bukti. Masa ni la nak viral, apa lagi)

Saya setuju untuk memberi CILISOS Media SDN BHD dan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd untuk menggunakan kandungan yang saya hantarkan dalam bahan promosi mereka, tanpa royalti dan tanpa had. Walau bagaimanapun, CILISOS Media dan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd tidak mengaku hakmilik mahupun bertanggungjawab atas sebarang kerosakan daripada penggunaan yang bertentangan dengan undang-undang berkaitan kandungan yang dihantar ataupun sebarang perlanggaran hakcipta yang berkaitan.

To Top
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!

Send this to a friend