Korang tau tak orang Selangor boleh dapat RM500 bagi yang baru kahwin?

Pada korang yang duduk dekat Selangor ni, mesti korang pernah rasa sengsaranya hidup tanpa bekalan air. Masalah gangguan air yang disebabkan pencemaran kat Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih baru-baru ni sebenarnya adalah kali ke-3 dalam sebulan, dan kali ke-5 tahun ni.

Imej dari Rakyat News.
Imej dari Rakyat News.

Kalau nak diikutkan, masa kempen PRU13 dulu, Pakatan Rakyat Selangor (PKR, DAP & PAS) dah tabur banyak janji termasuklah isu air. Tapi tak lama lepas menang, PKR Selangor pulak ada krisis dalaman yang akhirnya menyebabkan Azmin Ali menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Oleh itu, selepas hampir 8 tahun Pakatan (PKR, DAP & PAS) memerintah Selangor. Kami akan buat kajian adakah janji-janji yang pernah ditabur tu dah ditepati atau tidak, boleh tengok senarai penuh manisfesto kat dalam fail PDF ni.

(Sebelum ini kami pon ada buat kajian pasal manifesto Barisan Nasional pada PRU13 dulu.)

1. Bagi rakyat Selangor air bersih dan saham syarikat air

Sebenarnya sebelum ini memang ada banyak isu tentang bekalan air kat Selangor terutamanya pasal Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang jadi bahan politik antara Kerajaan Negeri (pimpinan PKR) dan Pusat (pimpinan BN). Pembinaan loji ni tertangguh bila kerajaan Negeri Selangor tak luluskan kegunaan tanah untuk projek tu.

Tapi akhirnya masalah ni selesai bila Kerajaan Persekutuan dan Selangor setuju buat Perjanjian Penstrukturan Semula industri bekalan air di Selangor. Hasil dari perjanjian tu, Air Selangor Sdn Bhd jadi syarikat utama yang sediakan perkhidmatan air kat Selangor.

Perkara ni ditamatkan dengan 4 perjanjian antara kerajaan negeri dan pusat. Imej dari BH Online.

KEPUTUSANNYA:

Janji Kerajaan Negeri Selangor yang kata nak bagi perkhidmatan air bersih nampaknya GAGAL bila gangguan bekalan air dan pencemaran air masih berlaku di Selangor. Kalau masalah ni berlaku sekali takpe, tapi nampaknya dalam masa sebulan 3 kali pencemaran tu berlaku.

Kerajaan Selangor mendakwa perkara ni berlaku kerana sabotaj dan mereka jugak dah buat laporan polis tentang hal ni. Tapi siasatan awal Jabatan Alam Sekitar (JAS) dapati tak ada sebarang unsur sabotaj dalam perkara ni.

Imej dari Malaysian Insider.

Tentang saham air pulak, nampaknya kerajaan negeri masih buat kajian dalam hal ni. Antara puncanya kerana janji ni dibuat masa Tan Sri Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar. Bila Azmin ambil alih, keputusan tentang perkara ni masih lagi samar.

“Idea ini dicetuskan mantan Menteri Besar sebelum ini tetapi tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri).Bagaimanapun, Syarikat Air Selangor sedia mengkaji cadangan menerbitkan saham industri air Selangor untuk rakyat negeri ini,” – Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, dipetik dari Selangorkini.

Imej dari Perak Today.

2. Bina rumah mampu milik

Dengan harga rumah sekarang, memang susah untuk kita nak beli terutamanya pada mereka yang baru je bekerja atau habis belajar. Harga rumah sekarang jugak dah jadi tak masuk akal dengan pendapatan rakyat.

Dalam satu laporan, jualan rumah di Malaysia dah menurun sebanyak 40% sejak awal tahun ni. Nampaknya, pembeli dah putus asa untuk beli rumah dek sebab harga yang tinggi. Walaupun ada syarikat perumahan yang mungkin akan menurunkan harga rumah, tapi sebenarnya harga masih lagi bergantung pada lokasi.

Keratan akhbar tentang harga rumah. Imej dari wakdi.com

Jadi dalam manifesto ni, Kerajaan Selangor janjikan untuk bina Rumah Mampu Milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit.

KEPUTUSANNYA:

Nampaknya sekarang Kerajaan Selangor TEPATI JANJI untuk bagi peluang pada rakyatnya memiliki rumah sendiri dengan Program Rumah Selangorku. Rumah yang dibina ini berharga antara RM42 ribu hingga RM250 ribu, bergantung pada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

Antara contoh Rumah Selangorku. Imej dari diamieza83.blogspot.

Permohonan untuk rumah ni jugak dibuat berdasarkan gaji pemohon yang layak. Buat masa sekarang mereka yang berpendapatan antara bawah RM3 ribu hingga RM8 ribu saja layak memohon. (Boleh klik sini untuk tengok syarat-syarat permohonan).

Harga rumah ni jugak lebih murah dari harga Rumah PR1MA yang dibuat Kerajaan Pusat. Sebab harga maksimum untuk Rumah Prima adalah RM400 ribu, berbanding dengan Rumah Selangorku- RM250 ribu.

Rakyat Selangor yang nak memohon rumah ni boleh ke web rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Imej asal dari dinmerican.

3. Menyediakan pengangkutan awam percuma

Sapa yang tak nak naik bas percuma kan? Mungkin sebab perkara ni agak popular, jadi Pakatan Rakyat Selangor buat manifesto tentang benda ni. Perkhidmatan bas percuma yang dijanjikan termasuklah di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang.

Imej dari Maier and Maier Photography.

Dengan jalan yang jem dan harga minyak masih tak menentu, nampaknya pengangkutan awam seperti bas jadi pilihan kepada masyarakat. Awal tahun lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ada kata yang tambang pengangkutan awam tak boleh ikut harga minyak. Maknanya kalau harga minyak turun sekalipun, tak semestinya tambang boleh turun.

Kalau macam tu memang tepatlah jika janji ni dibuat oleh Pakatan Rakyat Selangor.

KEPUTUSANNYA:

Kerajaan Selangor nampaknya dah TUNAIKAN JANJI ni dengan perkenalkan perkhidmatan bas percuma ‘Bas Selangorku‘. Perkhidmatan ni dimulakan kat Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya pada Julai 2015.

Imej dari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor.
Imej dari Selangorkini.

Harapan Kerajaan Selangor yang nak luaskan perkhidmatan ni ke semua daerah di Selangor sebelum Julai 2016 jugak nampaknya tercapai. Cuma masalahnya sekarang adalah bila ramai yang naik bas ni terdiri daripada pendatang asing dan bukannya rakyat Selangor.

MB Selangor Azmin Ali tak nafikan masalah ni, cuma dakwa perkara yang macam ni agak susah nak dikawal. Tapi dia kata yang kita sepatutnya tak perlu risau dan terima hakikat yang warga asing jugak ada bagi sumbangan pada ekonomi di Selangor.

Walau apa pun, Kerajaan Selangor dah tunaikan janji ni dan korang semua yang nak naik bas percuma tu boleh la naik.

Imej asal dari dinmerican.

4. Hadiah RM1,000 bila anak dapat masuk universiti

Dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor masa PRU12 dan PRU13, anak yang ibu bapanya berpendapatan tak lebih dari RM3,000 layak dapat RM1,000 sebagai hadiah dari kerajaan negeri. Tawaran ni layak kepada mereka yang masuk pusat pengajian tinggi awam atau swasta sama ada yang ambik Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Bantuan ni jugak nampaknya ada tujuan untuk kurangkan beban pelajar dan ibu bapa. Menurut satu artikel di mStar, sekurang-kurang RM2,000 diperlukan sebagai persiapan untuk kemasukan anak ke universiti.

“Walaupun telah diberi subsidi, penulis sendiri perlu membelanjakan hampir RM2,000 untuk menguruskan keperluan kemasukan anak ke universiti seperti pakaian, peralatan belajar, wang sara diri dan wang buku teks yang dia perlukan.

Ini belum diambil kira wang sara diri setiap bulan untuk tempoh tiga tahun jika dia tidak memperolehi pinjaman atau biasiswa,” dipetik dari mStar.

Imej dari farihinzul1974.blogspot

KEPUTUSANNYA:

JANJI DITEPATI. Program ni dijalankan oleh kerajaan negeri dengan giat sekali. Antara syarta-syarat yang ditetapkan adalah:

  1. Pemohon lahir di Negeri Selangor atau Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor.
  2. Pemohon tak lahir di Selangor tapi dah menetap dan bersekolah di Selangor lebih dari 11 tahun.
  3. Melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  4. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga pemohon berjumlah RM3,000 ke bawah.

Permohonan untuk hadiah ni boleh dibuat kat Portal Hadiah Pengajian IPT (klik sini).

5. Bina 3 Pusat Kebudayaan untuk komuniti Melayu, India dan Cina

Nampaknya cadangan pembinaan Pusat Kebudayaan ni adalah idea dari bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim. Cadangan ni dibuat untuk menggabung dan memperkembangkan kebudayaan masyarakat Melayu, Cina dan India di Selangor. Lokasinya terletak di tebing Sungai Klang, Klang.

“Pembinaan pusat kebudayaan seperti ini adalah penting supaya adat budaya kita kekal di samping terus membesar dan membangun seiring dengan kemajuan negara. Tiada gunanya menjadi negara maju tetapi hilang asasnya iaitu adat kebudayaan kita,” – Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor, dipetik dari Selangorkini.

Sekarang kat tebing Sungai Klang penuh dengan sampah. Imej dari The Star.

KEPUTUSANNYA:

Nampaknya Kerajaan Selangor TAK TEPATI JANJI ni. Kabar angin pasal projek ni pon nampaknya macam takde. Menurut kajian dari satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) – KUASA, berkata kerajaan Selangor dah putus asa dengan janji ni.

“Agak nyata yang kerajaan Selangor telah “give up” dengan janji ini dengan tiada berita daripada mana-mana pihak berkenaan janji ini. Semakin lama semakin ketara yang kerajaan negeri memasukkan janji ini sekadar untuk mempamerkan nilai multiculturalisme yang tinggi tanpa apa-apa perancangan ataupun niat ikhlas,” dipetik dari KUASA.

Punca kenapa projek ni tak dijalankan masih lagi tak ade sebarang maklumat. Mungkin projek ni boleh jadi manifesto Pakatan Harapan Selangor untuk PRU akan datang. Ye la kan, kalau dengar-dengar katanya PRU akan diadakan tahun depan.

Imej asal dari My News Hub.

6. RM500 untuk pasangan yang berkahwin buat kali pertama

Tak dapat dinafikan lagi kos perkahwinan sekarang makin meningkat. Tu belum lagi cakap pasal merisik dan bertunang bagai. Purata biasa hantaran pada masa sekarang adalah antara RM10,000 hingga RM15,000. Kalau nak kira belanja sewa katerer, pelamin, jurugambar dan sebagainya dianggarkan antara hampir RM50,000. (Boleh baca artikel kami: 6 tips untuk kurangkan bajet perkahwinan).

Tentang janji ni, Kerajaan Selangor janjikan bantuan RM500 untuk mereka yang nak kahwin buat kali pertama je. Semua rakyat Selangor layak dapat duit ni, tanpa kira agama dan bangsa.

Ramai tak kahwin sebab hantaran mahal. Imej dari ukashahcharlie.blogspot.

KEPUTUSANNYA:

JANJI DITEPATI. Kerajaan Selangor tunaikan janji ni dan permohonan untuk insentif ni boleh dibuat secara online.(Klik sini)

Antara syarat-syaratnya adalah:

  1. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun.
  2. Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam (untuk Islam).
  3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (untuk bukan Islam).
  4. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
  5. Perkahwinan kali pertama saja.
  6. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah atau pendaftaran.

Bagaimanapun, kajian dapati ramai rakyat Selangor tak memohon insentif ni sebab mereka tak tau tentang perkara ni. Jadi pada rakyat Selangor yang cadang nak kahwin tu, jangan lupa mohon insentif ni!

Imej dari The Malay Mail Online.

7. Pemeriksaan kanser percuma untuk kaum lelaki

Di Amerika Syarikat, kanser prostat adalah punca ke 2 kematian lelaki di negara itu selepas kanser hati. Kat Malaysia pulak, kanser prostat adalah pembunuh ke 4 di kalangan lelaki selepas sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kajian jugak dapati, yang kaum Cina mencatat kes tertinggi berbanding Melayu dan India.

Mereka yang alami kanser ni jugak kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berumur 50 tahun ke atas.Kanser ni selalunya berkembang dengan sangat lambat sampai ramai yang meninggal dunia sebelum tahu yang mereka ni ada kanser. Pada tahap awal jugak, selalunya kanser ni takde sebarang gejala.

Selalunya pesakit tak sedar yang mereka ada kanser. Imej dari Treat Cancer.

Sebab tu lah, pemeriksaan awal perlu dibuat sebelum terlambat.

KEPUTUSANNYA:

JANJI TAK DITEPATI. Nampakya takde sebarang berita tentang perkara ni.

“Ini nampaknya salah satu janji-janji yang “dropped” tanpa notis. Tiada berita positif berkenaan isu ini.” – dipetik dari KUASA.

Bagaimanapun kerajaan Selangor ada buat programPemeriksaan Mamogram atau pemeriksaan X-Ray yang untuk mengesan peringkat awal kanser payudara secara percuma. Program ni berjalan dengan baik di Selangor. Mereka yang layak adalah semua wanita Selangor yang berumur 35 tahun ke atas.

Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2017, juga telah mengumumkan ‘Skim Peduli Sihat‘. Skim ini akan berikan perkhidmatan penjagaan kesihatan percuma kepada rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM 3,000.

Imej asal dari mykmu.net.

8. Jambatan Ketiga Klang

Klang jugak dikenali sebagai Bandar Diraja Klang. Imej dari budimanradi.blogspot

Dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor, Projek Jambatan Ketiga Klang ni akan dibina dengan anggaran belanja sebanyak RM300 juta. Cadangan asal projek ni sebenarnya adalah dari Kerajaan Negeri Barisan Nasional sebelum PRU12 tapi gagal dilaksanakan.

Cadangan ni dibuat untuk kurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar Klang yang jugak adalah bandar ke 3 paling sesak di Selangor. Dijangkakan jugak, kalau projek ni jadi, ia akan dapat menampung jumlah kenderaan sampai tahun 2032.

KEPUTUSANNYA:

JANJI DITEPATI. Kerajaan Selangor mulakan projek ni pada Ogos 2014. Jambatan ni dijangka siap pada 2017. Apa yang menariknya, jumlah kos jambatan ni kurang kepada RM238 juta dari jumlah yang diperuntukkan sebanyak RM300 juta.

Kerajaan negeri berjaya kurangkan kos buat jambatan ni. Imej dari Selangorkini.

Selalunya kos pembinaan akan lebih tinggi dari yang diperuntukkan, tapi nampaknya Kerajaan Negeri berjaya kurangkan kos. Ni boleh kira sebagai satu kejayaan dari Kerajaan Negeri. Bila jambatan ni siap nanti, pengguna dapat pergi ke Shah Alam dan KL dengan mudah tanpa perlu lalu Bandar Klang.

Imej dari The Malay Mail Online.

Jadi, adakah rakyat Selangor puas hati dengan Kerajaan mereka sekarang?

Imej dari tv14.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Unisel sebelum PRU13, menunjukkan 61.4% daripada lebih 1,000 orang yang dibanci kata Pakatan Rakyat akan kekal tadbir Selangor dan memang terbukti jadi.

Dengan adanya, Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dan putusnya hubungan cinta antara PAS dengan DAP, adalah susah dijangka sama ada Pakatan Harapan (PKR, DAP, Amanah) boleh menang dalam PRU akan datang.

Tapi dalam satu kajian dari Institut Darul Ehsan (IDE), mendapati jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Selangor, hanya calon dari PKR je yang boleh menang. Kajian tu jugak dapati kalau PAS terlibat dalam pertandingan tiga penjuru parti tu akan kalah dalam semua kerusi yang dipertandingkan.

Hasil kajian Institusi Darul Ehsan (IDE). Imej dari Keadilan Daily.

Walau apapun, terserah kepada orang Selangor untuk menilai sama ada mereka suka atau tak dengan kerajaan mereka sekarang. PRU 14 nanti (ada yang kata tahun depan) rakyat Selangor akan sekali lagi memilih parti politik yang akan mentadbir negeri mereka.

About Azar Ishak 276 Articles
Hari-hari Teh O ais, besok kopi plak lah.