Klik sini untuk jawab Survey Susah Sihat 2024!
Kerja lebih masa. Teh ais ikat tepi. Burger cheese leleh extra meletop viral. Nilah antara sebab kenapa tak ada sorang pun kat pejabat Soscili yang sihat dan gembira macam dalam iklan TV. Adakah korang pun macam kami jugak?
Kalau diberi pilihan, kitorang pasti yang kebanyakan dari kita nak sihat sampaikan tak payah risau pasal benda-benda cam sakit jantung dan kencing manis sungguhpun duduk je kat meja pejabat 9 jam sehari. Tapi banyak dugaannya kalau nak sihat kat Malaysia ni. Mungkin sebab tu tak ramai yang boleh sentiasa makan makanan yang seimbang dan bersenam dengan kerap. Apatah lagi tidur 7 jam sehari.
Jadi apa yang menghalang korang? Untuk menjawab persoalan ni, kitorang bekerjasama dengan Sunway Healthcare Group untuk tanya korang melalui Survey Susah Sihat ni, yang antara lainnya cuba untuk menjawab persoalan-persoalan macam…
- …berapa ramai yang mintak kurang manis bila pesan air?
- …adakah makanan sihat terlalu mahal bagi kebanyakan dari kita?
- …berapa ramai yang akan kantoi diet kalau member ajak lepak kat kedai kek?
- …adakah rakyat Malaysia tak bersenam sebab penat memanjang?
- …dan banyak lagi!
Sama ada korang pun nak tahu jugak, atau sekadar suka jawab soalan pasal diri sendiri, tolong kitorang dengan jawab Survey Susah Sihat hari ni jugak!
Klik sini untuk jawab Survey Susah Sihat 2024!
Survey ni akan jalan sampai 9 Oktober je, jadi jangan tangguh! Kongsi dengan kawan-kawan korang yang nampak kurang sihat tu, dan nantikan keputusannya hujung bulan Oktober ni. Terima kasih!