Dipaksa bagi khidmat seks? Ini 5 NOTA sadis pernah ditinggalkan artis K-Pop

*Artikel ini pada asalnya disiarkan pada 29 Mac 2019

UPDATE 25/11/2019: Bekas artis kumpulan K-Pop, Kara iaitu Goo Hara dah dijumpai mati di rumahnya. Menurut pihak polis di sana, dia ditemui tidak lagi bernafas lebih kurang jam 6:09 pm waktu di sana. Punca kematian masih lagi disiasat. Sebelum ni pada Mei 2019, dia pernah ditemui tak sedarkan diri oleh pengurusnya, namun masih terselemat. Dia dikatakan cuba membunuh diri ketika itu.

Sebelum ni, kawan rapatnya pula

UPDATE 15/10/2019: Industri hiburan K-Pop kembali menjadi perhatian antarabangsa apabila bekas penyanyi kumpulan F(x), Sulli dijumpai mati di rumahnya baru-baru ni. Siasatan masih dilakukan dan beberapa laporan berpendapat dia membunuh diri. Sebelum ni, Sulli sering menjadi mangsa buli siber para netizen di negaranya. Dia juga memang ada mengalami tekanan dan depresi sepanjang kerjayanya.


Cerita pasal industri hiburan K-Pop  juga menjadi bualan ramai. Apa yang SOSCILI perasan, ianya bertitik tolak dari skandal yang melibatkan selebriti terkenal macam Seungri Big Bang dan beberapa nama besar lain.

Ni baru die hard kipas. Imej dari Allkpop

Bualan pasal sisi gelap industri K-Pop juga makin mendapat perhatian apabila cerita-cerita mengenai selebriti-selebriti K-Pop yang banyak membunuh diri dikeluarkan satu persatu. Kebanyakan memang tragik tapi korang pernah baca secara terperinci tak kisah-kisahnya? Jadi, kali ni kami dari SOSCILI nak kongsi sedikit 5 nota yang ditinggalkan oleh selebriti K-Pop sebelum membunuh diri.

1) Lee Eun-ju: “Saya nak lakukan terlalu banyak perkara.”

Lee Eun-ju ni  dilahirkan pada 22 Disember 1980. Dia sendiri tak menyangka yang dia akan menjadi selebriti wanita paling hangat di Korea Selatan dan Asia. Pada tahun 1990, dia hanyalah seorang model pakaian seragam dan kemudiannya diberi peluang untuk memegang watak dalam beberapa drama TV.

Penampilan pertamanya sebagai watak utama adalah di dalam filem Virgin Stripped Bare By Her Bachelors pada tahun 2000. Dia akhirnya membintangi filem dan drama hit seperti cerita Perang Korea, Taegukgi. Filem terakhir yang dibintanginya adalah filem yang agak skandal sikit iaitu The Scarlet Letter.

Dalam cerita perang pun masih cun melecun lagi. Imej dari Asian Wiki

Pada malam 22 Februari 2005, dia ditemui mati di apartment-nya di Bundang, Seongnam. Dia dah melukakan lengan lalu menggantung dirinya.  Apabila ditemui, ada beberapa nota ditinggalkan. Antaranya tertulis:

“Ibu, saya minta maaf dan saya sayang ibu”

“Saya nak lakukan terlalu banyak perkara. Walaupun saya hidup, saya bukan betul-betul hidup. Saya tak mahu sesiapa kecewa. Memang bagus ada duit…saya mahu buat duit.”

“Saya mahu kembali ke hari-hari pada satu tahun yang lalu. Panggilan terkahir…terima kasih. Awak beritahu saya bahawa hari ini adalah harinya”- Nota yang ditinggalkan Lee Eun-ju

Suasana majlis pengebumiannya. Imej dari Metropolitician

Menurut keluarganya, dia mengalami depresi dan penyakit mental selepas melakukan babak bogel dalam filem jenayah Korea, The Scarlet Letter. Namun, pengurus Lee Eun-ju mengatakan bahawa filem tu tiada kaitan dengan kematian dia.

2) Choi Jin Sil: “Saya berasa sedih dengan orang di dunia ini.”

Choi Sin Jil bermula dengan penampilan pertamanya sebagai model syarikat Samsung. Secara perlahan-lahan dia naik di dalam kariernya dari pelakon tambahan kepada pelakon utama dalam banyak drama dan filem. Sehinggalah dia digelar sebagai Nation’s Actress. Anugerah yang dia dapat pun berlambak-lambak.

Muka yang ceria. Imej dari The Grand Narrative

Sepanjang kehidupannya, dia pernah sekali bercerai kerana pernah diseksa oleh suaminya. Namun, dia tetap kuat meneruskan kehidupan yang ada dengan membintangi beberapa siri drama TV.

Pada 2 Oktober 2008, Choi Jin Sil ditemui mati menggantung diri di dalam rumahnya. Dia tidak meninggalkan nota yang jelas bagi menerangkan punca dia membunuh diri. Tetapi, pihak polis menemui memo yang menunjukkan depresi teruk setelah kematian rakannya, Ahn Jae-hwan. Dia mengatakan,

“Saya berasa sedih dengan orang di dunia ini. Saya tak faham kenapa mereka akan menyeksa seseorang dengan tuduhan pinjaman wang dan atau mana-mana sahaja.”- Memo yang ditinggalkan Choi Jin Sil

Dipenuhi air mata. Imej dari Korea Times

Dia mengalami banyak tuduhan dan dakwaan bahawa dia salah seorang yang terlibat ke atas kematian Ahn Jae-hwan yang juga membunuh diri kerana tertekan dengan hutang yang dipinjamnya dari lintah darat (loan shark). Khabar angin mengatakan bahawa Choi Sin Jil adalah salah seorang orang yang memberi hutang dan menyuruh Ahn Jae-hwan membayarnya.

Dia pun pergi membuat laporan polis mengenai khabar angin tersebut. Akhirnya, polis berjaya menangkap pelaku sebenar. Walaupun begitu, dia tetap tak merasa tenang dan memilih untuk membunuh diri.

3) U; Nee: “Saya rasa semuanya kosong.”

U; Nee atau nama lainnya Lee Hye-Ryeon merupakan penyanyi yang cukup popular pada eranya bermula tahun 2003. Lagu-lagunya yang diisi dengan rap menjadikan ia diterima ramai oleh peminatnya. Menjelang beberapa tahun berikutnya, syarikat rakamannya mahu menampilkan dia sebagai penyanyi seksi. Dia dah melakukan pembedahan plastik pada bahagian rahang dan hidung serta membesarkan buah dadanya. Perubahan dirinya ni mendapat kritikan kasar dari para peminat.

U; Nee dengan gayanya yang tersendiri. Imej dari smlview

Pada 21 Januari 2007, dia ditemui mati tergantung di dalam rumahnya. Tubuhnya ditemui oleh neneknya sendiri. Waktu tu, neneknya baru je balik dari gereja dan terkejut melihat melalui bingkai pintu ada orang tergantung.

Kematian dia ni sangat mengejutkan pasal peminat-peminat semua tengah menunggu album terbaru darinya yang akan muncul tak lama lagi.  Tiada sebarang nota ditinggalkan ditempat kejadian olehnya. Namun, apa yang ada dalam perasaan U; Nee pernah dipaparkan di laman web-nya berbunyi begini,

“Saya rasa semuanya kosong. Saya sekali lagi berjalan untuk ke destinasi yang saya sendiri tak tahu.”

Dalam kenangan. Imej dari Popseoul

Siasatan polis terhadap orang yang rapat dengannya mendapati yang dia mengalami depresi. Ia kerana banyaknya kritikan dan serangan online ke atasnya. Polis memberitahu pemberita bahawa dia sangat bagus dalam menyembunyikan tekanannya sampaikan keluarganya sendiri pun tak tahu.

4) Jang Ja Yeon meninggalkan nota sebanyak 7 muka surat

Jang Ja Yeon memang ada muncul dalam beberapa iklan komersial. Tapi, drama Boys Over Flower lah yang menjadi permulaan popularitinya meningkat sebagai salah satu watak penting dalam drama tu.

Watak remaja sekolah yang semua orang suka. Imej dari Ngoisao

Namun, semuanya berubah pada 7 Mac 2009 apabila dia ditemui mati tergantung dirumahnya. Kematiannya memberi tamparan hebat kepada industri K-Pop kerana nota 7 muka surat yang ditinggalkannya itu menceritakan dengan terperinci apa yang berlaku kepada dirinya.

“Menurut nota itu, Jang dipaksa untuk menyediakan perkhidmatan seks kepada ahli politik terkenal, ahli perniagaan, penerbit surat khabar dan tokoh-tokoh berpengaruh dalam perniagaan hiburan. Dia juga menyenaraikan 40 nama di dalam nota itu.”- Petikan dari South China Morning Post

Dinyatakan juga bahawa dia dipaksa menyediakan minuman dan menjadi escort pada perlawanan golf. Namun, pengurusnya iaitu Kim Sung-hoon menafikan dengan mengatakan bahawa surat itu adalah cubaan menjatuhkan perniagaannya oleh bekas pengurus Jang Ja Yeon yang dulu.

Hanya gambar yang tinggal untuk ditatap ahli keluarga. Imej dari The Three Wise Monkeys

5) Kim Jong-hyun: “Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi”

Beberapa dekad sebelum ni, dah berlaku ‘Gelombang Hallyu’ yang membuka mata peminat hiburan dari Asia dan Eropah terhadap filem, drama TV dan muzik dari Korea Selatan. Kejayaan ini tak boleh dinafikan datang daripada beberapa kumpulan K-pop termasuklah kumpulan SHINee.

Kalau orang Malaysia pakai cenggini. Orang cakap mintak kaki. Imej dari Channel-korea

SHINee ni boy band yang diketuai oleh Kim Jong-hyun. Dia adalah antara penyumbang dalam kumpulan ni sebagai penulis lagu. Dia juga memang antara bintang yang berjaya sama ada secara band atau pun solo. Selain tu, dia juga siap ada Ijazah (Master’s Degree) dalam Pengajian Muzikal dan Filem di Universiti Myongji.

Disebalik semua kejayaan ni, nampaknya, pada 18 Disember 2017, dia telah memilih untuk membunuh diri di sebuah apartment yang disewanya. Tapi, sebelum tu dia sempat menghantar mesej kepada kakaknya berbunyi begini:

“Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal.”- Mesej dari Kim Jong-hyun

Kawan-kawan artis mengiringi kerandanya. Imej dari US Magazine

Laporan mengatakan bahawa ini semua terjadi kerana tekanan yang diterima apabila berada dalam industri hiburan. Memang tak boleh dinafikan bahawa bintang K-Pop akan berdepan dengan persaingan dan tahun-tahun yang penuh latihan. Diorang juga kena jaga setiap aspek gaya hidup sama ada stail muzik, fesyen dan juga diet termasuklah penggunaan telefon bimbit. Semuanya dikawal oleh agensi pengurusan yang sangat berkuasa.

Bukan artis glamour sahaja cenderung bunuh diri, lihatlah orang sekeliling korang

Berdasarkan lima kes di atas, ia menunjukkan adanya sisi gelap dibalik senyum tawa seorang artis yang menghiburkan korang. Mungkin ada di antara kita terlalu fanatik sangat dan lebih ambil tahu hal artis dari orang sekeliling. Bayangkan yang mengalami tekanan dan nak bunuh diri adalah orang sekeliling korang?

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (MHMS) 2017 menunjukkan yang 11.2 peratus remaja memang ada idea bunuh diri, 9 peratus pula merancang untuk bunuh diri manakala 10.1 peratus melakukan cubaan bunuh diri. Tekanan ini timbul kerana masalah kekeluargaan, persahabatan atau percintaan.

Antara kejadian cubaan bunuh diri baru-baru ni. Imej dari Astro Awani

Oleh sebab tu, kita sendiri bertanggungjawab untuk mendengar secara serius luahan hati ahli keluarga, saudara dan sahabat terdekat. Hanya keprihatinan terhadap orang sekeliling sahaja akan dapat mengelakkan seseorang individu tu dari masalah hilang pertimbangan dalam membuat keputusan. Maka, sayangilah orang di sekeliling korang!

 

About A. Zahid Amran 207 Articles
Selamat datang semua. Ini masa kita. Tunduk berhemah. Bukannya lemah - FT