Lagi ramai orang guna Grab berbanding servis lain? Mungkin ini sebab-sebabnya….

Semenjak perkhidmatan macam Grab diperkenalkan, gaya hidup rakyat Malaysia boleh dikatakan dah berubah. Tak perlu lagi risau pasal drebar gangster kat Kelana Jaya, sebab korang tau semua drebar Grab diberi rating oleh pengguna.

Ramai yang pilih Grab bukan je sebab kemudahan dan keselamatan, tapi sebab Grab selalu ada promo code yang membuatkan tambang jadi lagi murah, malah kadang-kadang tu free! Bila korang bukak app, mesti ada notification tentang promo apa yang ada.

Tapi kami kat sini bukan nak cerita pasal benda-benda yang obvious tu, tapi 5 fungsi Grab yang tersembunyi yang korang tak tau korang perlukan…

1. Korang boleh naik pangkat, dan dapat Grab cepat walaupun masa peak hour

Grab ada sediakan empat peringkat pangkat yang korang boleh dapat sebagai ahli. Ia adalah…

Jumlah mata yang melayakkan korang naik pangkat. Imej dari Grab.

Pada setiap pangkat ni, ia akan bagi kelebihan dan keistimewaan kepada ahli tersebut. Sebagai contoh, kalau korang dah sampai pangkat Platinum, korang akan dapat…

  1. Keutamaan bila buat tempahan. Terutamanya bila ada peak hour, korang akan dapat drebar dulu.
  2. Nombor hotline khas. Dalam app, korang boleh call Grab terus kalau ada apa-apa masalah (tertinggal wallet ke).
  3. Akses eksklusif untuk promosi terbaru Grab.
Imej dari imgflip.

Bukan tu je, makin tinggi pangkat korang, makin kurang point yang diperlukan untuk menebus mana-mana tawaran. Berbaloi memang berbaloi.

Makin tinggi pangkat, makin kurang mata yang diperlukan untuk tebus. Imej dari Grab.

2. Bila kat luar negara, mesej korang boleh diterjemahkan secara automatik

Kalau korang perasan, bila naik Grab, pemandu akan bagi mesej untuk bagitau sama ada kat mana dorang berada, dan bila dorang akan sampai.

Tapi katakanlah korang kat Thailand, macam mana nak mesej? Kalau setakat ‘sawadikap’ dengan ‘tom yam’ tu bolehlah faham, tapi macam mana kalau drebar korang hantar mesej “sorry saya dalam traffic jam sekarang”? Tak menyempat la nak bukak Google Translate.

Ini apa maknanya? Imej dari Giphy.

Jangan risau, sebab GrabChat boleh terjemahkan mesej yang korang hantar atau terima secara automatik! Korang boleh ubah setting sama ada nak tukar ke English atau BM. Mesej yang ada adalah mengikut templat, tapi cukuplah untuk komunikasi yang asas.

Senang untuk kita berkomunikasi. Imej dari Grab.

Buat pengetahuan korang, perkhidmatan Grab dah ada kat 7 negara di Asia Tenggara!

3. Sebenarnya korang dah lama kumpul point yang korang boleh redeem!

Ramai yang tak perasan adanya fungsi Grab Rewards dalam app. Sebenarnya semenjak korang mula guna Grab lagi, korang dah mula kumpul point bagi setiap trip. Dengan point ni korang boleh redeem macam-macam benda!

Dan ada trik kalau korang nak lebih banyak point daripada biasa, iaitu dengan GrabPay (guna kad debit atau kredit). Point banyak, lepas tu tak payah risau kalau tak cukup wang kecik.

Antara benda yang korang boleh redeem adalah diskaun tambang, baucer shopping, tiket wayang GSC, prepaid reload, makan roti dan macam-macam lagi (untuk senarai penuh, klik sini). 

Macam-macam korang boleh dapat.

Ingat, point korang ada tarikh luput! So cepat bukak app sekarang, dan redeem selagi boleh. Nak tahu cara macam mana nak redeem Grab Rewards? Klik sini. Tapi bukan itu kelebihan point ni semua, sebabnya Grab juga boleh…

4. Boleh jemput/turunkan member korang kat tempat yang lain

Kadang-kadang korang dengan member nak pergi tempat lain-lain, tapi leceh pulak kalau nak order dua Grab. Nak lagi kalau tempat member korang tu on the way je.

Sebab tu la dengan Grab, korang hanya perlu klik butang ‘+’ untuk tambah perhentian (extra stop). Tapi pastikan korang buat benda ni waktu booking, bukan waktu kereta dah bergerak ye. So kalau member tiba-tiba menggatal nak turun awal, tendang je keluar kereta (melawak je jangan ditiru diikut).

Tambah je destinasi.

Malah, bergantung kepada destinasi, korang boleh jimat tambang kalau nak dibandingkan dengan order Grab satu-persatu.

Tapi kalau boring tu, borak la dengan drebar. Drebar Grab ni pun kadang-kadang tu bukan biasa-biasa tau, ada yang pernah jadi jurutera, pengurus syarikat, akauntan, pelakon, malah penyampai berita.

5. Kalau korang guna Grab untuk urusan kerja, semua resit akan dikumpulkan kat satu tempat

Pada korang yang selalu ada appointment kat luar pejabat, mesti korang akan suka dengan sistem ni. Sebab bila korang tempah kereta Grab atau teksi, korang boleh pilih sama ada ianya urusan peribadi atau kerja.

Lepas tu, korang boleh semak kat Grab Hub (hub.grab.com/rides), untuk senaraikan semua resit trip untuk kerja dalam satu bahagian, dan boleh download dalam PDF atau CSV.

Lepas tetapkan tarikh, klik je pada PDF atau CSV. Imej dari Grab.
Hasilnya korang akan dapat macam ni (PDF). Grab siap kirakan lagi. Imej dari Grab.

Tak payah lagi lah korang nak skrol email cari resit, pastu print satu-satu. Korang hepi, HR pun hepi.

Banyak gila fungsi tersembunyi! Apa lagi yang korang nak ada dalam Grab?

Ramai jugak yang guna Grab atas faktor keselamatan. Tak perlu risau kalau terpaksa kerja kat pejabat sampai lewat malam, sebab Grab akan datang terus ke destinasi korang. Malah, Grab juga ada sistem keselamatan yang canggih termasuklah panggilan kecemasan, dash cam, dan program telematik (yang memastikan drebar tak memandu secara berbahaya).

Dan kalau korang selalu guna Grab untuk tujuan kerja, korang boleh ada profile yang berasingan supaya senang nak claim dengan HR waktu hujung bulan.

Tak hairanlah dengan adanya Grab sekarang ni, ada yang sampai tinggal je kereta kat rumah dan tempah Grab. Tak perlu risau pasal jem, tak perlu risau pasal parking, siap boleh tidur dalam kereta sambil menunggu sampai ke destinasi.

Nak parking kereta pun takut sekarang ni. Imej dari Giphy.

Jadi kalau korang selalu guna Grab, fungsi apa lagi yang korang nak ada? Kongsi dengan kami kat ruangan komen, dan kami akan sampaikan kepada member kami kat Grab :)