5 fakta mengagumkan tentang Petronas yang rakyat Malaysia patut tahu

(Read the original article in English)

UPDATE 2/3/2017: Syarikat Arab Saudi baru membeli ekuiti bernilai RM31 billion yang memberi mereka pegangan sebanyak 50% dalam beberapa projek Petronas.

Petronas dah lama jadi nama yang familiar dengan kita. Dulu kalau sesapa dapat keje kat Petronas, konpem masa depan terjamin. Pastu waktu arwah Yasmin Ahmad masih ada, iklan Petronas lah yang paling dinanti-nanti tiap kali menjelang raya.

Dan baru-baru ni, nama Petronas naik lagi bila dorang mengumumkan akan memberhentikan 1,000 orang pekerja; dan Tun M pulak ditamatkan perkhidmatan selaku penasihat.

Haaa apa lagi yang korang tau? Tau tak yang Petronas menyumbang sehingga 30% daripada hasil negara (ada yang kata sampai 40%)? Bukan tu je fakta-fakta yang buat kitorang ternganga, jom kita tengok hapabende lagi yang buat Petronas cantik tertarik menarik kau memang debom…

1. Petronas dinamakan sebagai kompeni paling menguntungkan di Asia!

petronas big ship 380m
Gambar tapak pemproses Petronas yang bersaiz sepanjang 380m. Dari imeche.org.

Bulan Julai 2008, harga minyak mentah berada dalam nilai tertinggi di USD$145 setiap tong, menjadikan Petronas naik mendadak dalam senarai Forbes dan menjadi syarikat paling menguntungkan di Asia pada tahun tu, kalah kompeni gergasi lain termasuklah Samsung, Sony, dan Toyota.

Ngam ngam je tahun tu jugak Petronas mula mengumumkan untung kepada orang ramai di laman web dorang. Sebenarnya dorang tak perlu pun buat benda ni sebab Petronas bukan syarikat tersenarai awam (public listed). Sebaliknya, Petronas adalah 100% milik kerajaan.

Dan walaupun harga minyak sekarang ni jatuh teruk sangat (RM1.60 setiap liter, lagi murah daripada teh kaw), Petronas masih satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Forbes Global 500 (di tangga ke 68). Tapi kejatuhan harga minyak ni telah memotong untung Petronas daripada RM53.7 bilion ke RM19.6 bilion. Sangatlah brutal.

Bila untung dah berbilion-bilion, tak heranlah bila…

 

2. Petronas tak pernah kurangkan pekerja sebelum 2016

Pengurangan seribu orang pekerja yang diumukan baru-baru ni kira sikit sangat nak dibandingkan dengan 51 ribu jumlah staf keseluruhan. TAPI, apa yang mengagumkan adalah Petronas tak pernah pun buat pengurangan besar-besaran sebelum ni (dorang dikatakan membuat pengurangan gaji pada awal 2015, tapi telah dinafikan). Bila baca thread kat forum LowYat ni, nampak gayanya memang seronok sangat keje kat sana, sampaikan fresh graduate pun boleh dapat gaji RM4 ribu sebulan!

Tapi macam biasalah, banyak komplen pasal pekerja-pekerja tuang, seperti yang dikongsi sorang bekas Petronas ni:

“Oleh kerana masa login diperiksa, dorang datang tepat pukul 730 pagi dan bukak komputer. Lepas tu pergi sarapan dan naik balik pukul 930 dan buat keje sikit sampai pukul 12, pegi lunch sampai 2 jam. Pukul 5 je, habis keje.” – Bekas pekerja Petronas yang tidak dinamakan.

Sebab tu la Petronas nak buang orang kot. Dari 2008 sampailah 2014, jumlah pekerja dah hampir bertambah dua kali ganda. Maknanya bila dah buang yang seribu ni pun, jumlah pekerja masih lebih besar daripada tahun jumlah 2015.

KEMASKINI: Pembaca kami kat Facebook kata, banyak je yang rajin dan bekerja kuat.

 

Tapi nak difikirkan, kos untuk pekerja ni 3% je daripada kos keseluruhan. Tapi dengan harga minyak yang jatuh, setiap sen pun bermakna agaknya, nak lagi bila…

 

3. Petronas bayar cukai DUA KALI GANDA daripada syarikat-syarikat lain

Selamat tinggal seringgit. Imej dari Reddit.
Bayaran Petronas pada gomen. Imej dari orangminyak.wordpress.com

Cukai korporat perlu dibayar oleh semua syarikat, tapi jumlahnya berbeza. Kalau untung korang bawah RM500K, bayar 19% daripada keseluruhan untung. Kalau lebih? 24%.

Tapi untuk Petronas, dorang kena cukai Petrol setinggi 38%! Pastu bagi setiap negeri yang dilombong, dorang kena bayar cukai negeri pulak, dan membuatkan bayaran tahunan berjumlah RM50-80 bilion (tapi mungkin kurang sikit untuk tahun 2016).

LEPAS TU KAN, dorang kena bayar dividen pulak kepada gomen, bergantung kepada untung. Tahun 2015 je dorang bayar RM26 bilion, dan tahun ni RM16 bilion.

Hah mana tak menangis. Tapi dorang menangis air mata gembira jugak kot sebabnya…

 

4. SEMUA bahan minyak kat Malaysia dimiliki oleh Petronas, secara automatik

Tahun 1974, satu undang-undang diluluskan yang dikenali sebagai Akta Pembangunan Petroleum.

“Petronas dikurniakan pemilikan sepenuhnya, dan juga hak-hak, keistimewaan dan faedah yang berkaitan dengan penerokaan dan penghasilan minyak dan gas, di luar dan di dalam pesisir Malaysia.” – Dipetik daripada The Sun Daily.

Malah sesiapa yang nak dapatkan minyak dari Malaysia kena mintak izin Petronas dulu, termasuklah kompeni macam Esso and Shell. Baca artikel ni kalau nak tau macam mana nak partner dengan Petronas.

Jadi adil la kan kalau Petronas bayar banyak cukai kat gomen sebab minyak semua dia yang punya. Tapi walaupun begitu…

 

5. Petronas tak suka digunakan sebagai tabung kecemasan oleh gomen

Imej dari financetwitter

Walaupun memang gomen yang melantik semua orang penting Petronas, siap boleh pecat Tun M lagi, Petronas sebenarnya adalah sebuah badan bebas. Dalam Persidangan Gas Sedunia 4 tahun lepas, CEO Petronas menyatakan yang dia tak setuju akan subsidi gomen terhadap minyak, dan para hadirin mulalah berbisik sebab PM Najib pun ada kat situ. Najib kemudianyya naik pentas untuk mengingatkan orang ramai akan subsidi yang ditanggung Petronas ini mempunyai “objektif sosio-ekonomi”.

 

“Perselisihan yang berlaku adalah merupakan satu lagi tanda ketegasan sebuah syarikat minyak yang selama ini telah dilayan sebagai tabung kerajaan untuk projek-projek mereka sejak tahun 1974 lagi. Temuduga dengan pegawai dan bekas pegawai serta kaji selidik ke atas dokumen Petronas dan dokumen kerjaan menunjukkan ketegangan telah berlaku di belakang tabir akan betapa banyak want telah diberi kepada kerajaan dalam bentuk subsidi minyak, dividen, dan cukai.” – The Star.

Dan kadang-kadang diaorang ni memang tak berselindung, tengoklah macam mana Najib menjanjikan bonus RM1,000 kepada pekerja Petronas sebelum PRU13.

Bukan setakat tu je hubungan Petronas dan gomen yang perlu onak dan duri. Tahun 2009, Najib melantik pembantunya yang paling rapat, Omar Ong, ke Lembaga Pengarah Petronas. Perlantikan tersebut tak dipersetujui lembaga, termasuklah penasihatnya Tun M, dan ada yang mengatakan perkara inilah yang menyebabkan bermulanya rasa tak puas hati Tun M terhadap Najib.

Orang besar Petronas yang lain pun dah lama dok bergasak dengan gomen. Bekas CEO Shamsul Azhar Abas pernah menyatakan yang dia lebih rela dipecat daripada mengikut telunjuk politik. Malay CEO sebelum tu, Hassan Merican pun dikatakan telah diganti kerana perselisihan dengan Najib.

“CEO dan lembaga Petronas, walau bagaimanapun, berkhidmat di bawah telunjuk perdana menteri. Selama ini, perdana menteri telah menggunakan dana Petronas untuk pelbagai projek dan untuk membayar kesilapan mereka. Pemimpin politik dah biasa berurusan dengan pak turut di dalam syarikat, di mana mereka merupakan sebahagian daripada jabatan perdana menteri.

Kini Petronas cuba mengatakan tidak.” – Reuters, Julai 2012.

 

Boleh tahan berani jugak Petronas ni kan, nak tau kenapa? Ini kerana walapun Petronas dilantik oleh kerajaan, mereka jugak lah yang banyak bagi duit. Kalau Petronas gagal, kerajaan akan hilang sumber duit mereka yang utama.

Why is Petronas so brave to stand up to the government? Well on one hand, they are appointed by the gomen, but on the other, they are also its biggest financier. If Petronas were to fail or even underperform, the government loses its #1 cash cow.

Kenapa korang kena tau pasal Petronas?

Pegawai Petronas skodeng pejabat baru dorang yang bernilai RM136.9mil juta. Imej dari The StarOnline

Nak tak nak, 20-40 sen bagi setiap seringgit yang dibuat di negara ini adalah oleh Petronas. Katakanlah dorang gagal ataupun Malaysia habis minyak, selamat jalanlah 40 sen bagi setiap seringgit yang korang dapat.

“Sahabat dan rakan sekerja, realitinya boleh dilihat dalam nombor. Brent ditutup pada USD 28 dolar bagi setiap tong pada hari Jumaat, dan terus menjunam. Masih tiada tanda ia akan pulih. – CEO Petronas Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Oilpro.com

Dengan ekonomi yang teruk dan bila orang makin tak percaya dengan apa yang gomen cuba buat, risau jugak bila fikir yang Petronas report terus ke Perdana Menteri (dan bukannya Parlimen). Sebab tu lah sangat penting bagi Petronas untuk terus berusaha menjadi lebih telus.

Usaha untuk membuat laporan tahunan adalah satu langkah yang sangat besar pada tahun 2008, dan nampaknya kini mereka semakin telus. Malah pada 2013, Petronas dipuji oleh Transparency International bagi polisi mereka yang progresif dalam mendedahkan maklumat.

Jadi jom kita bagi Petronas tabik spring… bukan kerana apa yang PM suruh dorang buat, dan bukan je sebab mereka menyunbang 40 sen dari setiap seringgit, tapi juga kerana menggalas tanggungjawab kepada rakyat Malaysia :)

#kipidap #dongibab