5 dalil kenapa PH akan kalah dalam Piliharan Raya Umum ke-15 nanti!

Di musim pandemik ini pelbagai perkara yang telah berlaku di negara kita lebih-lebih lagi dalam isu politik. Beberapa hari lepas, perdana menteri kita, TS Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan satu perkara iaitu PRU tergempar atau “snap election” yang dikhabarkan akan berlaku pada bulan Mac 2021. Perkara ini telah menimbulkan banyak spekulasi sama ada yang positif dan negatif.

“Sekarang ini banyak timbul persoalan, ahli parlimen kerajaan berapa, ahli parlimen pembangkang berapa, jadi pilihan raya ini perlu diadakan agar kita dapat satu kerajaan yang solid dari segi sokongan ahli parlimen. Saya sebagai ahli parlimen Padang Terap juga memberi sokongan yang penuh kepada Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sebagai perdana menteri.” – Mahdzir Khalid, Naib Presiden UMNO, dipetik dari Malaysiakini

PRU tergempar ini juga akan memberikan manfaat kepada semua parti politik kerana ia merupakan jalan terbaik untuk selesaikan konflik yang sedang berlaku dalam politik kita. Apa yang kita dapat lihat, segelintir ahli politik bertukar-tukar parti tanpa segan silu.

Selain itu, ia juga untuk memuaskan hati rakyat yang tidak berpuas hati dengan Perikatan Nasional(PN) kerana parti ini tidak dipilih oleh rakyat. Ramai juga yang menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan kalah pada PRU15  kerana konflik yang telah berlaku, ini merupakan teori kenapa PH akan kalah untuk PRU15 akan datang.

1. Lebih mementingkan perebutan kuasa politik daripada taraf hidup rakyat 

Imej dari Astro Awani

Sekiranya Tun M dicalonkan sebagai Perdana Menteri apabila PH plus mendapat kuasa untuk mentadbir negara, jangka masa untuk mentadbir negara cuma pendek sahaja. Hal ini kerana populariti beliau kian merosot berikutan dengan perletakan jawatan pada bulan Februari lalu. Beliau juga tidak relevan untuk menjadi Perdana Menteri jika masih menggunakan formula yang sama untuk mentadbir negara selepas kegagalan PH ketika menjadi kerajaan.

“Apa yang kita boleh lihat sekarang, Tun Dr. Mahathir tidak relevan lagi kerana beliau tidak lagi mementingkan hak rakyat tetapi lebih kepada kuasa politik”-Prof. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Penganalisis Politik dan Pensyarah UKM, katanya ketika ditemu ramah melalui panggilan telefon.

Berikutan dengan apa yang berlaku sekarang, Tun M membuat keputusan untuk keluar dari PH plus selepas PKR tidak setuju dengan cadangan beliau untuk menjadi calon Perdana Menteri. Beliau berkata akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah kerana mereka masih menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. Beliau juga telah mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai perdana menteri.

Hal ini menyebabkan kekuatan politik PH akan terjejas disebabkan PKR inginkan DS Anwar menjadi calon perdana menteri manakala DAP dan Amanah pula inginkan Tun M menjadi calon perdana menteri.

Imej dari Senorgif

2. Keputusan muktamad dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak mahu bekerjasama dengan DAP

Imej dari Astro Awani

Berdasarkan trend pengundi dan sokongan sekarang, kemungkinan PH akan kalah jika PRU-15 dijalankan pada Mac 2021 kerana mereka tidak akan mendapat sokongan dari parti politik Sabah dan Sarawak. Hal ini boleh dikaitkan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak ingin bekerjasama dengan mana-mana parti yang berkaitan dengan DAP.

“Saya tidak dapat bekerjasama dengan DAP, mana boleh lupa apa yang berlaku sebelum ini,” – Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sarawak, dipetik dari Astro Awani.

Berdasarkan kenyataan diberikan, beliau mengaitkan tentang isu bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang pernah menyatakan bahawa Sarawak akan bankrap dalam masa tiga tahun lagi dan isu projek infrastruktur Sarawak yang ditarik balik. Walaupun DAP Sarawak pernah memujuk mereka untuk melupakan apa yang telah berlaku tetapi beliau menolak dengan sekerasnya.

Imej dari giphy

3. Pengendalian wabak pandemik COVID-19 oleh PN yang memenangi hati rakyat

Imej dari Prime Minister’s Office of Malaysia

Selepas kejatuhan kerajaan PH pada bulan Mac yang lalu dan telah digantikan oleh kerajaan PN yang diketuai TS Muhyiddin Yassin. Dalam masa yang sama, wabak pandemik COVID-19 telah melanda Malaysia dan ia telah dikendalikan oleh PN sepenuhnya. 

Sepanjang wabak pandemik ini, banyak perkara yang mereka telah laksanakan untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini antaranya dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) secara berperingkat, memberikan Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pakej PRIHATIN PKS untuk peniaga yang terkesan ketika PKP dijalanlan.

“Pada saat ini rakyat sudah muak dengan konflik yang berlaku dalam politik, lebih-lebih lagi isu Tun M dan DS Anwar Ibrahim, jadi rakyat mungkin memilih PN daripada PH yang sekarang tengah kacau bilau.”- Ismail Hashim, Pensyarah UNISEL dan Penganalisis Politik, katanya melalui mesej.

Apa yang korang perlu tahu, rakyat sudah muak dengan pergolakan yang sedang berlaku dalam PH kerana apa yang mereka mahukan cuma kerajaan yang boleh memberi bantuan dan bukannya kacau bilau bergaduh pasal politik sahaja. Oleh itu, disebabkan inilah majoriti rakyat menukar arah untuk menyokong PN kerana mereka telah memberikan bantuan seperti BSH dan PENJANA.

Tambahan pula, jika dilihat bantuan yang diberikan ketika kerajaan PH dan kerajaan PN sangat berbeza :

  1. Di zaman PH, pas pengangkutan awam tanpa had bernilai RM100 ringgit tetapi di zaman PN, hanya bernilai RM30 ringgit sahaja untuk pas pengangkutan awam tanpa had.
  2. Di zaman PH, bantuan e-tunai yang diberikan cuma RM30 sahaja tetapi di zaman PN, bantuan e-tunai rakyat yang diberikan RM50.
Imej dari giphy

4. 59 peratus golongan berpendapatan rendah menyokong pembentukan kerajaan PN

Hanya menjadi pameran di muzium. Imej dari Gibbes Museum of Art

Selepas kejayaan PH dalam PRU-14, mereka telah membentangkan satu strategi iaitu mandat rakyat yang pernah dijanjikan dan akan dilaksanakan kesemuanya dalam masa 100 hari pemerintahan mereka. Apa yang korang boleh nampak hanya satu daripada sepuluh sahaja janji yang tidak dimungkiri iaitu pemansuhan GST, tetapi yang selebihnya hanya menjadi janji di atas kertas sahaja.

“Kita boleh lihat PH tidak memberikan taraf hidup yang baik kepada rakyat marhaen dan mereka juga telah memungkiri janji ‘mandat rakyat’ yang dibentangkan.” – Prof. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Penganalisis Politik dan Pensyarah UKM, katanya ketika ditemu ramah melalui panggilan telefon.

Berdasarkan tinjauan di YouGov Omnibus iaituTiga perempat dari rakyat Malaysia bimbang tentang masa hadapan negara, 59 peratus rakyat yang berpendapatan rendah telah menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional. Ini juga menunjukkan golongan rakyat marhaen sudah muak dengan apa yang telah dijanjikan oleh PH iaitu “janji pasti laksanakan tak tahu lagi”.

Pengundian ini dilakukan sebelum pembentukan PN. Imej dari YouGov

5. Isu sensitif di zaman PH yang membina persepsi orang Melayu

Imej dari penulis

Kalau korang ingat di zaman pemerintahan PH, banyak isu sensitif yang berlaku antaranya isu jawi, arak, komunis tetapi yang lebih membangkitkan kemarahan orang Melayu adalah isu “Melayu pendatang” dan “Melayu malas“. Dalam isu “Melayu malas”, Tun M pernah melabelkan orang Melayu sebagai orang yang malas dan perkara ini juga telah membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap PH.

“Cukup-cukuplah tuduh Melayu bangsaku pemalas, Melayu tak pemalas Tun, tetapi hak Melayu sering dinafikan, hak Melayu sering dipersoalkan, hak Melayu sering dicantas oleh kroni-kroni Tun. Cukup-cukuplah Tun kata Melayu pemalas, apakah dasar kerajaan pimpinan Tun hari ini sudah tidak lagi mahu pedulikan Melayu.”- Mohd Hairi Mad Shah, Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, dipetik dari UMNO Online.

Berdasarkan penilitian pola sokongan orang Melayu pasca setahun PH vs Peluang UMNO-PAS, hanya satu perempat pengundi Melayu mengundi mengundi kerajaan PH dalam PRU14 lepas. Secara umumnya, pengundian dari orang Melayu untuk PH tidak “legit” disebabkan perubahan yang PH mahu laksanakan tetapi lebih kepada protes DS Najib Razak. Oleh itu, jika orang Melayu telah dilabelkan sebagai “Melayu malas” dan Melayu pendatang, ia akan menyebabkan berlakunya perubahan persepsi terhadap PH dan trend pengundi untuk PRU15 nanti.

Imej dari giphy

 Negara akan aman dan makmur berdasarkan kestabilan politik

Imej dari Berita Harian

Secara konklusinya, kemajuan negara Malaysia akan berkembang dari segi ekonomi, teknologi dan kententeraman sosial jika politik berada dalam keadaan stabil. Malaysia merupakan negara yang mempunyai pergolakkan politik sejak kemerdekaan lagi.

Situasi politik sekarang sangat kucar-kacir dan PRU tergempar merupakan satu cara untuk menyelesaikannya sama ada di parti bersayap kanan atau parti bersayap kiri. Oleh itu, adakah PRU tergempar ini merupakan salah satu cara yang dapat menyelesaikan kucar-kacir politik di Malaysia?