5 benda dari Belanjawan 2025 yang orang gaduhkan kat Reddit.

Jumaat lepas, 18 Oktober, PMX Dato’ Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025. Macam biasa, apa-apa yang dibuat kerajaan pasti akan jadi perbalahan dalam kalangan pengguna media sosial dan forum internet.

Kalau korang rasa macam malas nak ambik tau benda apa yang digaduhkan tu, tapi tak nak ketinggalan, jangan risau. Kami yang ‘rajin’ ni akan senaraikan untuk korang semua.

1. Cukai baru untuk peminat makanan omputeh

Dalam belanjawan baru ni, kita dapat tengok yang kerajaan perkenalkan banyak cukai baru:

  • Cukai Jualan akan dikenakan untuk benda bukan keperluan asas macam barangan premium yang diimport (Cth: salmon dan avokado) bermula 1 Mei.
  • Cukai Perkhidmatan diperluaskan untuk meliputi lebih banyak perkhidmatan komersial, termasuklah perkhidmatan kewangan berasaskan fi. 
  • Pelaksanaan penuh cukai SST yang dinaik taraf bermula 1 Mei 2025.
  • Cukai 2% ke atas pendapatan dividen lebih daripada RM100,000 untuk pemegang saham individu, bermula dengan tahun taksiran 2025.
  • Cukai karbon untuk industri besi, keluli dan tenaga menjelang 2026 untuk menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon. 

Kepada yang meminati salmon dan avokado, bertabahlah. Cuma dekat sini ada persoalan. Apa yang yang mendefinisikan “barangan bukan keperluan asas ni”? Adakah Ikan Trout yang selalu digunakan sebagai ‘salmon’ palsu tu pun kena cukai? Lepastu, susu badam tak dianggap keperluan ke kat orang yang lactose intolerant ?

Mampu ke kita nak beli ‘fake’ Salmon lepas ni? Imej dari Choy Peng Sim.

Sejauh mana cukai-cukai baru ni akan bagi kesan kat kenaikan harga barang kita tak tahu lagi.  Kerajaan ada cakap yang hasil daripada cukai ni akan disalurkan untuk menambah baik perkhidmatan  kesihatan dan pendidikan. Tapi kita cuma boleh tunggu dan lihat je dulu.

Walaupun ada penambahan cukai, kerajaan juga ada umumkan pelepasan cukai dalam Belanjawan 2025. Kat bawah ni antara senarai yang korang boleh tengok:

  • Pelepasan cukai pendapatan individu untuk premium insuran pendidikan dan kesihatan dinaikkan kepada RM4,000. 
  • Pelepasan cukai untuk simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dilanjutkan lagi 3 tahun.
  • Pelepasan cukai tambahan kepada pasangan kurang upaya dinaikkan kepada RM6,000.
  • Pelepasan cukai tambahan kepada pembayar cukai yang mempunyai anak kurang upaya yang belum berkahwin dinaikkan ke RM8,000.
  • Potongan cukai tambahan 50% untuk majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.
  • Pengecualian cukai untuk pendapatan dari sumber asing dilanjutkan hingga 31 Disember 2036.

2. Belanjawan 2025 memotong subsidi untuk T15

Kalau cukai-cukai baru tu tak panaskan hati korang, penyasaran semula subsidii mungkin akan buat korang panas hati, terutamanya korang yang ada dalam “top 15%” (T15) dalam kalangan rakyat Malaysia

Kalau korang tak faham sangat point last tu, dia macam ni:

  • Kos sekolah (Darjah 1 sampai tingkatan 5) kat sekolah harian biasa tak akan naik untuk T15. 
  • Sekolah berasrama penuh di diwujudkan untuk bantu pelajar dari luar bandar dan mereka yang kurang berkemampuan dan kos pengoperasian untuk sekolah ni lebih banyak dari sekolah harian biasa. 
Sekolah Berasrama Penuh. Image from Berita Harian

Sementara ibubapa dari golongan T15 mampu untuk bagi tuisyen dan sokongan pendidikan lain kat anak korang, mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya yang datang dari kawasan luar bandar kurang akses kepada hal macam tu membuatkan anak diorang susah untuk bersaing secara akademik.

Sekarang ni, sekitar 30% daripada pelajar sekolah berasrama penuh datang dari keluarga berpendapatan tinggi. Jadi, dengan menarik subsidi dari golongan T15 akan bagi lebih banyak peluang untuk pelajar yang kurang berkemampuan untuk dapat akses kepada pendidikan yang lebih baik dan dapat bersaing dengan lebih baik. 

Dari tadi kita dengar T15. Tapi apa benda pula T15 ni? Mengikut soal selidik oleh DOSM 2022, mereka yang berpendapatan lebih dari RM10,960 sebulan jatuh dalam kategori T20. Cumanya, RM10 ribu sebulan kat Pakan, Sarawak dah tentulah tak sama macam RM10 ribu kat Kuala Lumpur. Jadi, adakah T15 ni akan ditakrifkan secara berbeza mengikut negeri? Adakah ikut negeri korang bekerja atau negeri mengikut alamat dalam kad pengenalan? Macam mana pulak untuk sahkan tahap pendapatan untuk orang yang bayar untuk servis ni?

Jackie Chan pun tak tau T15 ni apa benda sampai dia boleh cakap Kedah

Jadi tak peliklah kalau orang suruh kerajaan takrifkan dulu apa bendanya T15 ni sebelum buat perubahan pada subsidi. Kira harap kerajaan ada rancangan yang betul untuk elak orang eksploitasi loopholes yang selalunya bersepah dalam dasar kerajaan.

3. Sejumlah RM2 bilion untuk hal ehwal Islam

Selain RM2 bilion yang disebut kat atas, ada juga beberapa peruntukan lain yang tak termasuk dalam jumlah tu:

  • RM179 juta untuk perbankan Islam. 
  • RM45 juta untuk industri halal. 
  • RM35 juta untuk guru KAFA

Jadi, selain RM150 juta yang disalurkan untuk uruskan infrastruktur pendidikan Islam, RM2 bilion tu akan pergi mana? Adakah semuanya disalurkan ke JAKIM? Siapa yang akan uruskan duit ni?

Tahun lepas, JAKIM diberi peruntukan sebanyak RM1.9 bilion, dan lepas kitorang korek ke mana perginya duit tu, ada beberapa perkara menarik macam sebahagian daripada perbelanjaan tu disalurkan ke Ilaj Home, rumah perlindungan untuk orang Islam yang menghidap HIV/AIDS.

JAKIM ada mulakan rumah perlindungan untuk pesakit HIV/AIDS. Imej dari JAKIM.

Selain tu, dana turut digunakan untuk menaik taraf infrastruktur dan sistem, termasuklah mengembangkan industri halal. Harapnya, lebih banyak bajet dalam Belanjawan 2025 untuk meningkatkan ekonomi halal Malaysia.

 Setiap tahun, Malaysia mengeksport lebih daripada USD8 bilion produk halal (lebih kurang 5.1% jumlah eksport negara) dan industri ni dijangka akan meningkat kepada USD113.2 bilion menjelang 2030, jadi logiklah melabur untuk mengembangkan bakat dan infrastruktur yang diperlukan untuk merealisasikan benda ni.

4. Gaji minimum lebih tinggi dan garis panduan gaji baru

Bermula 1 Februari 2025, gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,700 sebulan. Benda ni sememangnya akan menggembirakan ramai rakyat Malaysia tahun depan sebab ikut DOSM, 10.2% masih lagi terima gaji minimum bawah RM1,500.

Bila cakap pasal gaji minimum ni, mesti akan jadi perbincangan hangat dalam kalangan orang ramai. Ada yang fikir kerajaan tak sepatutnya tetapkan satu jumlah untuk gaji minimum ni sebab akan buat syarikat ambil pekerja dalam jumlah yang sikit sebab kekangan bajet.

Ada pula pihak lain fikir yang RM1,700 tu tak cukup dan ada juga bimbang pekerja baru akan dapat gaji minimum yang rendah sebab kerajaan kata, “bayar sekurang-kurangnya RM1,700 ahhh.”

Baiklah. Benda tu takkan jadi masalah sebab Kementerian Sumber Manusia akan keluarkan panduan untuk gaji permulaan meliputi pelbagai sektor. Contohnya, gaji permulaan akan ditetapkan sebanyak RM2,290 untuk Juruteknik Industri dan Pengeluaran, RM3,380 untuk Jurutera Mekanikal dan RM2,985 untuk Pereka Kandungan Kreatif.

Untuk syarikat kecil pula, kerajaan buat keputusan untuk tangguhkan dulu pelaksanaan gaji minimum RM1,700 untuk syarikat dengan pekerja kurang dari 5 orang selama enam bulan bermula 1 Ogos 2025. Sekejap je tapi boleh la untuk buat perancangan.

5. Tak ada projek mega, lebih banyak projek kecil dibawah Belanjawan 2025

Ramai perdana menteri kita sebelum ni yang terkenal dengan projek-projek mega diorang, tapi Dato Seri Anwar tak buat macam tu, beliau cakap

“Sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega. Pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri”.

-PMX

Langkah yang dibuat ni sebenarnya tak mengejutkan pun, sebab PMX telah berjanji untuk kurangkan pinjaman negara, minimumkan defisit bajet dan bawa Malaysia kepada nisbah hutang-KDNK yang lebih sihat. Masuk akal sebab negara kita masih lagi berbelanja lebih daripada pendapatan. 

Kita belanja lebih daripada yang kita dapat, tapi jurang semakin kecil setiap tahun. 

Projek macam ECRL dan MRT 3 masih lagi dalam pembinaan, tapi untuk kali ni, Malaysia takkan dapat bangunan pencakar langit baru untuk masa yang terdekat ni. Jadi, jom kita harap yang kita akan dapat benda yang lebih berguna macam laluan pejalan kaki yang lebih baik, jejantas dan juga perhentian bas. 

Apa-apa pun, yang lebih penting….

Boleh ke kerajaan laksanakan semua ni?

Belanjawan tahun ni tak jauh beza sangat berbanding tahun lepas dengan agenda untuk menyalurkan pendapatan terkumpul negara untuk manfaat rakyat. Ada banyak langkah dalam Belanjawan 2025 yang memfokuskan kepada rakyat dan kebajikan sosial macam:

  • RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah, berbanding RM10 bilion tahun ini dan bagi manfaat kepada 60% populasi dewasa.
  • 4.1 juta isi rumah akan mendapat RM100 sebulan berbanding 700,000 tahun ini.
  • Warga bujang berpendapatan RM2,500 akan mendapat RM600 setiap seorang. 
  • Jabatan kebajikan masyarakat akan menerima RM2.9 bilion, berbanding RM2.4 bilion pada 2024. 
  • Bantuan warga emas dinaikkan dari RM500 kepada RM600 sebulan.
  • Keluarga berpendapatan rendah akan menerima bantuan RM250 untuk setiap anak yang berusia enam dan ke bawah; RM200 untuk anak berusia tujuh hingga 18 tahun, terhad kepada RM1,000 setiap keluarga
  • RM250 juta untuk mendaftar lebih ramai individu berpendapatan rendah di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan sebagainya

Selain daripada tu, ada juga inisiatif untuk meningkatkan ekonomi melalui pelaburan, aktiviti pelancongan, dan mengurangkan ketirisan wang kerajaan. 

Jika bajet tahun lepas adalah indikasi dengan ringgit yang mengukuh, jumlah pengangguran yang terendah sejak pandemik, dan peningkatan KDNK yang signifikan, kita berharaplah Belanjawan 2025 dapat kekalkan momentum tu.