Macam mana lah Parlimen Malaysia boleh luluskan “Akta Diktator”?

(Baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di sini.)

UPDATE 25/8/2016: Akta MKN (Majlis Keselamatan Negara) yang juga dikenali sebagai “Akta Diktator” dah jadi akta yang sah walaupun tidak dipersetujui secara rasmi oleh Agong, malah tak diubah langsung walaupun setelah ditegur oleh Majlis Raja-Raja. Ianya mula dilaksanakan pada 1 Ogos, 2016.

Kalau nak tau kenapa ramai yang cakap undang-undang ni macam benda yang Hitler dan Kim Jong-Un je sanggup buat, baca artikel kami kat sini. Versi pendeknya, undang-undang baru ni beri kuasa tak terhingga kepada PM untuk merampas apa saja yang dia nak, termasuklah ambil-alih angkatan tentera daripada Agong!

Diambil dari FB TakNakDiktator

Tapi bila dah habis air liur maki-hamun, semua orang tertanya-tanya, macam mana la benda ni diluluskan? Buat undang-undang senang macam buat buletin sekolah ke? Haa, perkara ni lah yang kami cuba nak jawab.

Mula-mula sekali kita kena tau macam mana Sistem Parlimen Malaysia (badan perundangan kebangsaan) berfungsi. Kami bersembang dengan Ooi Heng dari Kajian Politik Untuk Perubahan dan Azira dari UNDI Malaysia, dan kami dapat tau yang…

Sebelum dilaksanakan, apa-apa law baru kena dibentangkan sebagai Rang undang-undang

Rang undang-undang (RUU) adalah ibarat kertas cadangan kepada sidang Parlimen bagi sebarang undang-undang baru atau perubahan kepada yang sedia ada. ‘Rang’ mungkin merujuk kepada ‘rangka’ atau mungkin juga merujuk kepada “kalau korang tak nak ambil tau pasal benda-benda macam ni korang jugak yang merana karang.”

Diambil dari Twitter.
Diambil dari Twitter.

RUU perlu melepasi tiga peringkat:

  1. Dewan Rakyat – Peringkat pertama dalam Parlimen, di mana ahli Parlimen (yang korang undi) akan bertemu dan berbincang pasal RUU. Dewan Rakyat kini ada 222 ahli Parlimen termasuklah Perdana Menteri.
  2. Dewan Negara – Peringkat kedua dalam Parlimen. Ahli Dewan Negara adalah dilantik oleh parti politik dan Agong. Dewan Negara kini mempunyai 70 ahli/Senator.
  3. Agong – Terlibat dalam peringkat akhir di mana secara teknikalnya, tandatangan Baginda diperlukan bagi menjadikan RUU ini sebagai undang-undang yang sah.

Bila Agong dah tandatangan sekalipun, undang-undang baru ni belum boleh dilaksanakan sehinggalah ianya diterbitkan dalam Warta Kerajaan, iaitu penerbitan rasmi kerajaan bagi sebarang pengumuman.

Sistem Parlimen Malaysia adalah digubal berdasarkan sistem Parlimen Westminster yang diwarisi daripada kerajaan British, namun beberapa perubahan telah dibuat oleh pihak British dan Tanah Melayu bagi membina Perlembagaan Persekutuan yang sesuai dengan kepentingan negara dan budaya pada waktu itu. Boleh lah baca kat sini kalau waktu kelas Sejarah dulu korang selalu ponteng sebab pergi Cyber Cafe.

Nampak gayanya lengkap jugak la proses ni semua kan, takde la boleh main semberono je. Kurang-kurang mesti ada tujuh lapan yang waras dan cuba menghentikan mana-mana RUU kalau tak dek masuk akal. Malangnya realiti tak seindah mimpi, sebab sebenarnya…

1. Agong tak sain pun takpe

Diambil dari The Ant Daily.
Diambil dari The Ant Daily.

Menurut Azira, penglibatan Agong diperlukan sebagai pengimbang kepada badan politik, mengelakkan mereka buat benda-benda yang gila kuasa kerana Agong dilihat sebagai pemimpin yang berprinsip dan takkan korup bagi menjaga hak rakyat Malaysia.

Namun dek kerana perkelahian kecil Mahathir dengan raja-raja pada tahun 1983, Perlembagaan Persekutuan diubah dan kini Agong hanya boleh melambatkan kelulusan RUU, tapi tak boleh menolaknya.

(Update 25/8/2016: Tun M baru minta maaf kat blog dia atas perubahan ini, mengatakan ianya sudah disalahtafir dan disalahgunakan oleh pemerintah baru…)

Kami sediakan rajah di atas supaya senang faham. Bila RUU melepasi Parlimen (garisan hitam) dan sampai ke Agong, baginda boleh tandatangan ataupun tidak. Kalau baginda tak tandatangan dalam masa 30 hari, RUU akan dihantar balik ke Dewan Rakyat dan proses sama berulang (garisan merah). Kali ni kalau Agong tak tandatangan jugak lagi dalam 30 hari, RUU akan menjadi undang-undang sah secara automatik.

Jadi tahap terakhir ni sebenarnya buat cukup syarat je. Yang buat masalah sebenarnya di peringkat awal bila…

2. RUU dibentangkan secara tergesa-gesa di Dewan Rakyat

boromir

Dalam Dewan Rakat, RUU harus melepasi tiga peringkat sebelum ia boleh diundi oleh ahli Parlimen.

  • Bacaan Pertama untuk berkenal dan beramah mesra dengan RUU.
  • Bacaan Kedua untuk membahas dan membincangkan RUU. Di sinilah sebarang perubahan dibuat, atau RUU dirujuk kepada Ahli Jawatankuasa Khas
  • Kalau semua setel, Bacaan Ketiga dibuat di mana hanya perubahan kecil dicadangkan, contohnya bagi pembetulan ejaan.
Tulisan melambangkan peribadi.
Tulisan melambangkan peribadi.

Kalau banyak sangat pembetulan atau kalau tak lepas undi, ia dikira gagal. Baca secara terperinci di sini.

Masalah terjadi bila ahli Parlimen tak diberikan masa yang cukup untuk semua Bacaan ini. Sebijik macam mana Akta Pencegahan Keganasan diluluskan tempoh hari, Akta MKN ni dibentangkan secara tergopoh-gapah dan tak matang, samalah macam boyfriend korang waktu Tingkatan Satu dulu (atau boyfriend sekarang pun).

Dokumen berkenaan Akta MKN ini hanya diterima oleh ahli Parlimen sehari sebelum pembentangan pada 3 September, dan kemudiannya diluluskan pada 4 September jam 4 pagi, hari terakhir sidang Parlimen. Ini bermakna keseluruhan proses di atas dibuat dalam masa sehari je. Kami tanya Ooi Heng dan Azira, memang biasa ke Bacaan Kedua dan Ketiga dibuat dalam sehari? Mereka jawab:

“Memang biasa dalam sistem kita” – Ooi Heng dalam temuramah dengan CILISOS.

“Dalam negara Komanwel atau Westminster yang lain, tidak. Di UK, perkara macam ni akan menyebabkan Perdana Menteri atau Kabinet meletakkan jawatan.” – Azira dalam termuramah dengan CILISOS.

Sekarang ni jom kita ke Dewan Negara pulak…

3. Senator di Dewan Negara kita tak bebas (seperti yang sepatutnya)

Gif dari Norma-Pages.

Dewan Negara pun dibina berdasarkan sistem Westminster dan bertujuan untuk mengimbangkan kuasa badan-badan politik, sebab tu lah ahli Dewan Negara (juga dikenali sebagai Senator) lain sikit daripada Dewan Rakyat, termasuklah:

  • Mereka bukanlah diundi, sebaliknya dilantik oleh Agong dan/atau kerajaan negeri
  • Mereka tak perlu datang daripada mana-mana badan politik
  • Terdapat dua Senator dari setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan
  • Terdapat satu Senator bagi setiap Wilayah Persekutuan, dilantik oleh Agong
  • Setiap Senator boleh berkhidmat sehingga 3 tahun sahaja, tak lebih dua kali, jadi 6 tahun lah kesemuanya (kan best kalau Perdana Menteri pun sama kan kan kan)
  • Senator tak dipengaruhi keadaan politik. Kalaupun Parlimen dibubarkan (contohnya sewaktu pilihanraya), Senator tetap kekal

Sistem ini bertujuan untuk mengekalkan kebebasan Dewan Negara yang korang boleh baca secara terperinci.

WALAU BAGAIMANAPUN ada pelbagai PERUBAHAN kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan perkara-perkara di atas tak penting, kerana:

  • Ada 40 ahli tambahan (hahhhhh) yang dipilih berdasarkan sumbangan mereka terhadap khidmat profesional atau sosial, dilantik oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri
  • Jumlah Senator telah meningkat daripada 16 (asal) ke 27 (selepas Sabah dan Sarawak) ke 70
    Kerusi-kerusi di Dewan Negara. Biru = UMNO, Kelabu = Bebas, Hitam = Lain-lain parti, Merah = DAP, Hijau = PAS, Biru muda = PKR. Terdapat 3 kerusi kosong. Imej dari Wikipedia Commons.


Jadi inilah masalah kita. 40 Senator dilantik atas nasihat PM yang dah tentu terhutang budi atau bergantung kepada PM atas kedudukan mereka. Tambah lagi 15 Senator dari negeri yang dimenangi BN. Jadi, pada waktu penulisan ini, 55 daripada 70 Senator adalah di pihak BN, dengan 36 daripadanya dilantik oleh Agong.

Bak kata bekas Ketua Hakim Negara, perubahan ini adalah,

“…bertentangan dengan semangat perlembagaan asal yang menubuhkan Dewan Negara sebagai badan khas untuk melindungi Parlimen persekutuan, kepentingan wilayah daripada pencerobohan persekutuan” – Tun Muhammad Suffian Mohamed Hashim, seperti yang dipetik oleh IDEAS.

Dewan Negara juga tak berkuasa untuk menolak RUU. Mereka hanya boleh mencadangkan perubahan dan menghantarnya balik ke Dewan Rakyat, dan perkara ini hanya boleh dibuat sehingga setahun sebelum RUU tersebut dihantar ke Agong secara automatik.

Banyak isu-isu ni memang bermasalah dalam sistem Westminster lagi sebenarnya. Namun, kerajaan UK mengakui akan kekurangan sistem mereka dan mula membuat pembaharuan jangka panjang ke atas House of Lords.

4. Kuasa Yang di-Pertua di Dewan Rakyat adalah terlalu tinggi

Pandikar Amin Mulia, imej diambil dari The Malay Mail Online.
Pandikar Amin Mulia, imej diambil dari The Malay Mail Online.

Yang di-Pertua bukan sahaja menjadi pengerusi dalam perbincangan Dewan Rakyat, malah menentukan RUU dan polisi apa yang dibincangkan, mengenakan had terhadap menteri-menteri untuk bertanyakan soalan, mengadakan undian sewaktu Bacaan, dan banyak lagi.

Masalah yang dikenal pasti dalam sistem British ini adalah ianya memihak kepada kerajaan kerana berfungsi berdasarkan prinsip “majoriti menang”. Dan oleh kerana parti yang ada lebih banyak kerusi menguasai kerajaan, sebarang perbincangan dan undian selalunya berat sebelah. Bagi mengimbangkan perkara ini di UK, Speaker biasanya datang daripada pihak pembangkang. Namun di Malaysia, setakat ni Yang di-Pertua semuanya datang daripada pihak kerajaan.

Yang di-Pertua dalam Dewan Rakyat sekarang ni, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah banyak dituduh sebagai berat sebelah, termasuklah membenarkan Akta MKN untuk diluluskan serta menolak RUU yang dicadangkan oleh pihak pembangkang.

5. Ahli Parlimen banyak jadi Pak Turut

malaysia parliament Twitter Search

Bloc voting” di Malaysia merujuk kepada tindakan ahli Parlimen mengundi berdasarkan arahan ketua dan bukannya berdasarkan pertimbangan masing-masing. Memandangkan BN ada kelebihan majoriti yang besar di Parlimen (134 ke 88), apa-apa RUU akan lulus selagi semua ahli BN ikut cakap. Perkara ini telah disahkan sekurang-kurangnya sekali apabila Abdul Rahman Dahlan mengatakan TPM Muhyiddin mengarahkan semua ahli UMNO untuk mengundi SOSMA, satu lagi undang-undang penuh kontroversi.

Diambil dari Twitter.

Korang boleh baca lebih lanjut mengenai bloc voting di sini.

Keputusan undian biasanya diumumkan dalam nombor (contohnya “107 ke 30”), jadi memang susah nak tau siapa yang undi apa. Bulan April lalu apabila POTA diluluskan, hanya 139 daripada 222 ahli Parlimen yang hadir, dan BERSIH menyatakan yang “ahli Parlimen BN yang tidak hadir dianggap menyokong POTA”. Mungkin sebab inilah kerajaan membuat keputusan untuk tidak mendedahkan bagaimana ahli Parlimen mereka mengundi, atau ahli Parlimen mana yang hadir walaupun setelah ditanya.

Macam manalah kita nak baiki Parlimen?

Ikutkan hati memanglah kita nak tukar je kerajaan dalam pilihanraya akan datang, tapi isu bukanlah disebabkan parti-parti politik je. Mana-mana pemerintah memerlukan dua atau lebih suara supaya kuasa mereka diimbangkan. Kalau pihak pembangkang ambil alih kerajaan sekalipun, mereka pun boleh jadi gila kuasa dan main suka hati je ubah undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

Jadi apa yang perlu diubah adalah sistem Parlimen. Seperti yang telah diterangkan, kebanyakan kuasa terletak dalam Dewan Rakyat di mana undang-undang dibentangkan, dan hanya Dewan Rakyat berhak untuk menarik balik sebarang RUU.

Memandangkan kitalah yang mengundi ahli Parlimen, kita boleh memastikan mereka bertanggungjawab. Kini terdapat beberapa kumpulan yang cuba memastikan ketelusan dalam sidang Parlimen. Member kami Sze Ming dari Sinar Project bersengkang mata selama 5 jam menonton video undian POTA hanya untuk mengira siapa yang datang ke Parlimen. Baca panduan ni untuk menghubungi ahli Parlimen korang masing-masing.

Lim Kit Siang on Twitter Own up. Did all Ministers understood pernicious implications of NSC Bill before approving it Did Cabinet agree https t.co kvWUgpgRy9

Yang keduanya, kita sebagai rakyat perlu memainkan lebih peranan dalam Parlimen. Menurut Azira, Parlimen di UK mempunyai sistem petisyen secara online di mana 10,000 tanda tangan memerlukan mereka membuat kenyataan rasmi terhadap rakyat dan 100,000 tanda tangan memerlukan mereka membuat perbahasan di Parlimen. Mungkin kita perlu melobi kebebasan yang sama?

Memanglah benda-benda macam ni tak boleh jadi dalam dua tiga hari je, malah kami sendiri tak reti nak cakap macam mana perubahan ini boleh benar-benar dilaksanakan ataupun jika perubahan dalam Persekutuan boleh ditarik balik. Namun satu cara kita boleh mula sekarang adalah melalui ahli Parlimen. Kalau kita boleh hentikan RUU di Dewan Rakyat, kita akan ada lebih banyak masa untuk membaiki benda-benda yang lain.

EKSTRA: Apa yang korang boleh buat untuk hentikan Akta MKN (update: sekarang dah terlambat dah…)

Imej dari FB TakNakDiktator.
Imej dari FB TakNakDiktator.

Kami dah nyatakan benda ni dalam artikel mengenai MKN, namun oleh kerana RUU masih belum melepasi Senat sewaktu penulisan ini, jom kita ulang balik.

Lawyers for Liberty, SUARAM, dan beberapa NGO lain telah memulakan kempen #TakNakDiktator. Kalau nak join, korang boleh:

  1. Gunakan hashtag #TakNakDiktator pada Twitter and Facebook
  2. Gunakan imej TakNakDiktator sebagai gambar profail korang, dapatkannya di sini.
  3. Tanda tangan petisyen di Change.org, yang akan dihantar kepada 66 Senator dalam Dewan Negara untuk meyakinkan mereka yang Akta MKN ini bukanlah sesuatu rakyat mahu.
  4. Pos dalam bahasa selain Bahasa Inggeris – kita perlu sebarkan maklumat ini seluas boleh.

Kalau korang bersemangat waja, tuliskan pada ahli Parlimen korang tentang betapa korang tak bersetuju dengan RUU ni dan/atau ingatkan ahli politik BN yang undang-undang yang sama boleh makan tuan melainkan MKN ni memang terang-terang nak kecualikan ahli BN (boleh je kalau mereka nak).

Beberapa rakyat Malaysia prihatin yang telah menyediakan emel para Senator, beserta templat surat yang korang boleh salin bulat-bulat, tinggal masukkan nama korang dan tajuk emel je lagi, seperti kat bawah ni:

Emel para senator:
[email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]
Surat (kami cadangkan guna BM):
Dear Senator,

I am writing to you, honorable member of the Dewan Negara, to urge you to reject the National Security Council (NSC) Bill 2015.
This month, you have the opportunity to turn back on this dangerous path to dictatorship, and to reinstall the rakyat’s hope and faith in the august Parliament.

There are a great number of both practical and ethical reasons why this Bill should not be passed and should be abandoned in its entirety.

This Bill severely infringes Malaysians’ freedoms, such as the freedom of movement, the right to property and the right to legal recourse. It also aims to centralise military, policing and emergency powers under the Prime Minister. Not only does it appropriate powers held by the Defence and Home Ministers, it also effectively grants the Prime Minister similar powers to those given by Article 150 of the Federal Constitution to the Yang Di-Pertuan Agong to effectively declare an emergency even though the word “emergency” is not used in the Bill.

The tabling of this law represents an extremely dangerous step for Malaysia as it concentrates extraordinary powers within the hands of a single member of the Executive arm of Government. It is the solemn responsibility of the Legislature to check the power of the Executive.

There is thus ample cause for concern that similar abuse could be perpetrated via the sweeping powers of the NSC Bill, which allows the Prime Minister to declare security areas. Security areas allow authorities warrantless arrest, search and seizure, and curfew, it also empowers them to take possession of land, buildings and moveable property, and to dispense with inquests following use of lethal force.

Mechanisms of check and balance normally found within parliamentary democracies are either absent or severely compromised in Malaysia. The Dewan Rakyat failed Malaysia by passing the NSC Bill on 3 December after less than a day of debate.

Senator, the members of the Dewan Negara have a duty to exercise their constitutional powers to either reject the Bill, amend it to remove its most dangerous features or to see that the Bill is withdrawn for due consultation with the Conference of Rulers.
The fate of Malaysia’s fragile democracy rests on the men and women of the Senate.

Therefore, I urge you to reject the National Security Council Bill 2015.

Yours Sincerely,

—————————————————————————————————–
Yang Berhormat Senator,

Saya menulis kepada Yang Berhormat sebagai seorang ahli Dewan Negara, dengan tujuan menggesa Yang Berhormat untuk menolak Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Pada bulan ini, Yang Berhormat berpeluang untuk berpatah balik daripada mengikut haluan ke arah pemerintahan berbentuk diktator dan memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia melalui Parliamen yang berwibawa.

Rang Undang-Undang ini tidak boleh diluluskan dan harus diketepikan secara keseluruhannya kerana terdapat terlalu banyak sebab-sebab praktikal dan yang melanggar etika terkandung di dalamnya.

Rang Undang-Undang ini melanggar hak asasi rakyat Malaysia antaranya kebebasan bergerak, hak ke atas harta dan hak untuk bantuan undang-undang. Ia bertujuan untuk memusatkan kuasa tentera, polis dan kuasa darurat di bawah bidang kuasa Perdana Menteri sepenuhnya. Bukan sahaja ianya memindahkan kuasa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negari, malah ianya juga memberikan Perdana Menteri kuasa yang sama seperti dalam Perkara 150 yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan di mana Yang Di-Pertuan Agong berkuasa mengisytiharkan darurat biarpun perkataan “darurat” itu sendiri tidak digunakan di dalam Rang Undang-undang.

Pembentangan rang undang-undang ini merupakan satu langkah yang amat berbahaya bagi Malaysia kerana ia menumpukan kuasa luar biasa dalam tangan hanya seorang daripada ahli pegawai eksekutif kerajaan. Adalah menjadi tanggungjawab penuh Badan Perundangan untuk memeriksa kuasa Eksekutif.

Sebab-sebab yang disebut ini sahaja sudah lebih dari mencukupi untuk menimbulkan kebimbangan serius bahawa penyalahgunaan kuasa boleh berlaku. Pelulusan Rang Undang-Undang Majlis
Keselamatan Negara ini akan membolehkan Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan. Di dalam kawasan keselamatan, pihak berkuasa boleh menangkap seseorang tanpa waran; menggeledah dan menyita; mengenakan perintah berkurung; mengambil milik tanah, bangunan dan harta alih; dan boleh mengetepikan inkues berhubung salah guna kuasa yang mengakibatkan kematian.

Di Malaysia, mekanisme sekat dan imbangan yang biasanya terdapat dalam demokrasi Parlimen adalah sama sekali tidak wujud atau sudah teruk terjejas. Rakyat Malaysia telah jelas dikecewakan oleh Dewan Rakyat yang meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara pada 3 Disember lalu selepas didebatkan tidak sampai sehari lamanya.
Yang Berhormat, ahli-ahli Dewan Negara mempunyai tugas dan tanggungjawab menggunakan kuasa perlembagaan untuk menolak Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara, memindanya untuk membuang ciri-cirinya yang paling berbahaya atau untuk menarik balik Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara ini dan dikemukakan untuk perundingan dengan Majlis Raja-Raja.

Tanggungjawab menentukan nasib demokrasi yang sudah amat rapuh di Malaysia ini terletak di atas bahu Yang Berhormat dan semua ahli Dewan Negara.

Saya menggesa Yang Berhormat menolak Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015.

Yang ikhlas,