Apa sebab gabenor baru Bank Negara ni dipilih? Kami siasat dan dapat tahu… [Updated]

(This article is originally translated from English, read it here.)

[Updated Ogos 2016]: Baru-baru ni Datuk Muhammad Ibrahim mengumumkan yang siasatan terhadap kes 1MDB sudah selesai. Pengumuman ni dibuat lepas DoJ kata dorang telah merampas aset 1MDB sebanyak US$ 1 billion dan seperti yang dijangkakan tak semua setuju dengan tindakan “Sammo Hung” kita ni.

“Pengumun ni saje telah menghilangkan semua kredibiliti terhadap BNM yang telah dorang perbaiki selama dua dekad” – Tony Pua, MalaysiaKini

Tapi kan, BNM ada protokol dorang sendiri. Dorang tak boleh sesuka hati nak salahkan sesiapa. Lagi satu, kes DoJ ni merupakan kes sivil dan bukannya kes jenayah. Datuk Muhammad Ibrahim kata BNM bersedia untuk bekerjasama dengan DoJ kalau dorang minta. [Updated Ogos 2016]:

***

Lately ni kalau korang perasan, gambar lelaki ni telah menjadi viral di media sosial. Siapa sebenarnya dia ni??

Image dari The Star.
Imej dari The Star.

Beliau sebenarnya adalah gabenor baru Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim, dilantik untuk menggantikan wanita yang telah mengubah sistem perbankan Malaysia, Tan Sri Zeti Aziz yang telah menjadi Gabenor sejak Mei 2000.

Waktu memula kita dengar berita ni, ofkos lah pertanyaan pertama terlintas dalam kepala kitorang adalah….

Kenapa Sammo Hung pulak jadi Gabenor baru Bank Negara?

muhammad-ibrahim-lookalikes
Sebenarnya bukan hanya Sammo Hung je, tapi juga bekas Presiden India, APJ Abdul Kalam.

Sebelum perlantikan rasmi ni, ada banyak spekulasi yang keluar kononnya gabenor baru akan dilantik dari dalam gomen *ehem 1MDB ehemmm*. Ramai orang tertunggu-tunggu siapa yang akan dilantik bagi menggantikan Zeti. Malah Muhammad Ibrahim ni memang profile, ramai yang skeptikal:

gabenor-comment2 gabenor-comment3 gabenor-comment4

Sebab tu lah kitorang cuba siasat siapa sebenarnya Datuk Muhammad Ibrahim ni. Dan dari sumber yang kitorang dah kumpulkan, nampaknya dia memang tepat untuk jawatan ni. Berikut adalah 4 sebabnya:

1.Berkhidmat dengan Bank Negara sejak 32 tahun yang lalu!

Datuk Muhammad Ibrahim telah berkhidmat dan menyertai dengan Bank Negara selama 32 tahun sejak tahun 1984 dalam pelbagai bahagian, dan diangkat sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara pada 2010.

Menurut Malaysiakini, antara bahagian yang pernah mendapat sentuhan Muhammad sebelum ini ialah peraturan dan pemantauan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan pesisir dan perbendaharaan serta pasaran kewangan.

Image dari malaysiancoin.com
Image dari malaysiancoin.com

…kami ada perancangan dalam mencari pengganti dan itulah sebabnya Bank Negara Malaysia begitu kukuh. Kami dah banyak laburkan tenaga kepada mereka (3 timbalan gabenor BNM) dan saya tidak mahu kehilangan seorang pun daripada mereka. “- Tan Sri Zeti Aziz, dipetik oleh The Malay Mail Online.

Dan pemenangnya adalah ... infographic dari The Rakyat Post
Dan pemenangnya adalah … infographic dari The Rakyat Post

Dan walaupun dulu dia bukanlah yang paling fofuler kat Bank Negara, dia tetap dikenali sebagai seorang yang berfikiran jauh ke hadapan.

2. Membuat e-payment di Malaysia lebih mudah

Yeap,beliau turut terbabit dalam membuat semua ini. Imej dari jihajumi.blogspot.com
Yeap, mungkin beliau jugak turut terbabit dalam membuat semua ini. Imej dari jihajumi.blogspot.com

Kalau korang nak tahu, Muhammad Ibrahim ni merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memastikan pembayaran secara elektronik kat Malaysia diguna secara meluas. Beliau terlibat secara aktif dengan bank pusat serantau untuk membangunkan platform penyelesaian bayaran pelbagai matawang.

“… jika anda tidak menerima teknologi, anda akan jauh ketinggalan. Anda tidak perlu meletakkan kekangan di atasnya…”- Muhammad Ibrahim, dipetik oleh The Star.

Perbankan daripada pandangan Google. Imej dari wanna-joke.com
Lepas ni kita guna Google Glass kot. Imej dari wanna-joke.com

Selain daripada rangka kerja ni, beliau jugak membuat beberapa perubahan dasar yang menggalakkan perbankan dalam talian; seperti mengurangkan caj pemindahan antara bank daripada RM2 kepada 10 sen, meningkatkan kos menggunakan cek dari percuma kepada 50 sen. Ini dilakukan kerana kebanyakan syarikat Malaysia masih menggunakan cek untuk mengeluarkan gaji dan pembayaran, hingga menyebabkan kos kerajaan dalam yuran pemprosesan je dah RM768 juta.

Beliau menpunyai pandangan jangka panjang dengan menggunakan platform dan polisi sebagai asas untuk syarikat dan bank membuat inovasi.

“… industri ini perlu mengamalkan pandangan jangka panjang dan bersedia untuk mengorbankan keuntungan segera untuk mengekalkan keuntungan dan membina penyelesaian e-payment yang berpatutan dan mampan bagi memenuhi keperluan orang ramai… “- Muhammad Ibrahim, petikan ucapan dasar pada tahun 2014.

3. Dia takde pengaruh politik yang ketara

Maybe ia tidak benar-benar wujud? Image asal dari elfagr.com
Maybe sebab ia memang tak wujud. Image asal dari elfagr.com

Salah satu sebab terbesar Datuk Muhammad Ibrahim dianggap neutral adalah kerana Tan Sri Zeti Aziz sendiri telah berusaha keras untuk memastikan bahawa Bank Negara tak dipengaruhi oleh politik.

“… setiap negara memerlukan sebuah organisasi seperti bank pusat yang tidak berkembang kepada apa-apa perkembangan politik atau agenda politik dan akan terus memberi tumpuan kepada kestabilan ekonomi …” – Tan Sri Zeti Aziz , dipetik oleh The Malay Mail Online

So bayangkan reaksi orang ramai bila WSJ laporkan yang gomen mungkin akan lantik penasihat 1MDB sebagai gabenor. Malah bila MalaysiaKini sembang pasal calon-calon gabenor, ada beberapa jugak la yang berkaitan dengan gomen.

Sebab tu la Zeti dan BNM make sure penggantinya takde direct link dengan gomen atau mana-mana parti politik (tapi dia ada kaitan dengan KWAP dan Petronas).

 “… beliau tidak mempunyai hubungan politik yang ketara. Dalam erti kata lain para pelabur yakin yang dia mampu mempertahankan kemandirian yang selama ini telah dijaga oleh mantannya, Zeti.” – Giulia Zino, dipetik dalam temu bual Bloomberg TV Malaysia.

Kalau korang rasa sebab-sebab kat atas ni masih tak cukup lagi untuk meyakinkan yang Datuk MI adalah orang yang tepat untuk jawatan Gabenor BNM, apa pulak pendapat orang-orang bank?

4. Bankers nampak gayanya memang suka dia ni!

Selain Tan Sri Zeti Aziz, kitaorang tengok ramai orang lain di dalam industri perbankan jugak setuju dan menyatakan bahawa beliau adalah orang yang paling layak.

“Muhammad membawa pengalaman luasnya selama bertahun-tahun dalam pelbagai jawatan yang dipegang dalam Bank Negara termasuk peraturan dan penyeliaan bank serta perancangan strategik”- Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz Tengku Abdul Aziz. Dipetik dari Bernama.

Beliau mempunyai pelbagai kemahiran dan bertahun-tahun pengalaman. Image asal dari The Malay Mail Online.
Menggunakan ilmu dan pengalaman yang power, ofkos. Imej asal dari The Malay Mail Online.

Kami ada gak dok tanya member bankers kitorang sendiri, dan memang ramai yang bersetuju atas perlantikan beliau.

Seorang pegawai senior dalam Bank Negara bagitau kami (secara anonymous) yang perlantikan ini agak positif, dan memang dia dilihat sebagai bersifat neutral daripada segi politik sejak awal kareernya dengan Bank Negara Malaysia lagi.

Perlantikan Datuk Muhammad Ibrahim adalah satu kejutan yang menyenangkan

Korang ingat lagi tak tahun lepas di mana Peguam Negara, Timbalan Perdana Menteri, dan beberapa orang lain digantikan dalam sekelip mata. Antara faktor-faktor yang membawa kepada penggantian mereka adalah kerana mereka semua telah membantah 1MDB. Dan memandangkan yang Bank Negara memang tak bagi can pada 1MDB, ramai yang risau pengganti beliau adalah seorang yang akan mengorbankan integriti sistem kewangan kita demi beberapa individu.

Tapi mujurlah bukan itu yang berlaku. Tan Sri Zeti Aziz bukan je setakat dibenarkan untuk bersara seperti yang dirancang, malah beliau jugak boleh membuat pemilihan siapa yang akan menggantikan beliau.

 Datuk Muhammad Ibrahim duduk bersebelahan Tan Sri Zeti Aziz. Image dari NST.
Datuk Muhammad Ibrahim duduk bersebelahan Tan Sri Zeti Aziz. Image dari NST.

Hanya masa yang akan menentukan sama ada Daruk MI akan menjadi gabenor yang baik atau tidak, tetapi tanda-tanda diatas menunjukkan bahawa Bank Negara telah melantik seseorang yang cukup mampu untuk membawa sistem perbankan kita terus mara ke depan .

Sekurang-kurangnya untuk 5 tahun akan datang lah…

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)