Korang pelajar uni yang tengah cari tempat untuk latihan industri? Ataupun korang dah habis belajar dan nak cuba kerjaya dalam bidang media? Ayuh, mohon kerja di SOSCILI!

Kenapa pilih SOSCILI?

  1. Persekitaran kerja yang santai dan mesra alam.
  2. Korang akan dilatih perkara berkaitan kerjaya, dan bukan hanya sekadar fotostat dokumen.
  3. Bayaran elaun bulanan akan diberi, dan boleh dinaikkan ke kadar freelance jika prestasi baik.
  4. Ada tempat-tempat makan murah berdekatan pejabat.
  5. Kucing liar yang comel kerap mengunjung pejabat untuk korang hilangkan stress.
  6. Air minum bertapis tak terhad (sediakan cawan sendiri).
  7. Berpeluang muncul dalam video TikTok Soscili dan Cilisos.

Apa yang akan korang buat sebagai pelatih?

Sebagai pelatih editorial, korang akan terlibat dalam proses penghasilan artikel SOSCILI dari A hingga Z. Korang akan dibimbing dari segi pemilihan topik dan perspektif, mencari maklumat, penulisan artikel, penyuntingan gambar, dan sebagainya hinggalah artikel korang boleh diterbitkan di media sosial.

Selain dari editorial, korang berpeluang melakukan kerja-kerja berkaitan penghasilan video atau jualan jika berminat. Korang juga mungkin berpeluang mewakilli SOSCILI untuk hadir ke acara-acara tertentu, tapi yang ni kami tak janji ya.

Untuk dipertimbangkan, korang haruslah…

  1. Ada keinginan untuk belajar dan berjaya, dan boleh terima kritikan membina.
  2. Boleh menulis dalam Bahasa Melayu dengan gaya yang santai.
  3. Ada perasaan ingin tahu tentang isu semasa dan keadaan sekeliling.
  4. Teliti dan boleh bezakan antara maklumat yang sahih atau tidak.
  5. Ada sifat kelakar di dalam diri, walaupun sekelumit cuma.
  6. Boleh datang bekerja di pejabat kami di Kelana Jaya, Selangor.
  7. Pemilik hati yang baik dan murni.
  8. Boleh kerja sekurang-kurangnya dua bulan.

Jadi kalau korang cukup syarat dan berminat, jangan tunggu lagi! Isi borang di bawah atau karang e-mel dan hantar ke [email protected].