Ada group pedofilia kat Malaysia? Berapa teruk masalah ni kat negara kita

(This article is translated from CILISOS, click here to read the English version.)

UPDATE 27/8/2019: Ini adalah artikel lama. Kami terbitkan semula kerana tengah hangat mengenai berita bekas jenayah pedofilia, Nur Fitri yang sekarang menjadi calon PhD di sebuah universiti tempatan.


Mungkin korang ada dengar pasal Richard Huckle, pedophile paling teruk kat Britain dan dia akan menjadikan kanak-kanak kecik sekitar KL sebagai mangsa untuk memenuhi nafsunya.

Richard-Huckle
Richard Huckle. Imej dari Central News.

Huckle telah mencabul seramai 200 orang kanak-kanak Malaysia berusia 6 hingga 12 tahun ketika dia berada di Malaysia sebagai guru Bahasa Inggeris, menyimpan lebih lebih 20,000 gambar lucah, siap tengah siapkan “manual pedophile” untuk orang lain ikut.

Tak lama dulu ada cerita pasal pelajar MARA, Nur Fitri yang hanya menjalani penjara sembilan bulan berbanding lima tahun yang telah dijatuhkan mahkamah British. Dia didapati bersalah memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak termasuklah sebuah patung kanak-kanak. Tapi kini dia merupakan individu bebas kat Malaysia selepas menjalani hukuman (yang tak dipantau pihak berkuasa pun).

Pelajar pintar matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin. Imej dari mstar.
Nur Fitri Azmeer Nordin. Imej dari mstar.

Tak cukup dengan tu, aktivis sosial Syed Azmi ada upload screenshot kat Facebook mengenai group Telegram yang mempunyai lebih 700 orang ahli yang sedang berbual mengenai gambar kanak-kanak (AMARAN: Bahasa yang digunakan sangat menjijikkan.):

Digunakan dengan kebenaran. Imej dari Syed Azmi Facebook.
Digunakan dengan kebenaran. Imej dari FB Syed Azmi.

Berapa besar masalah ini?

Memang selalu kita dengar liputan akhbar pasal kes gangguan seksual macam ni, tapi sebenarnya secara statistik, agak susah untuk kita dapatkan nombor yang pasti.

“Kami ada statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga daripada Polis Diraja Malaysia -tapi kedua-dua nombor ini berbeza dan statistik ni melingkungi gangguan fizikal, seksual, emosi dan mental untuk kanak-kanak” – Datin Che Nariza Hajjar Hashim, Presiden NGO Protect & Save the Children.

Menurutnya lagi, nombor ini semua tidak dilepaskan buat maklumat awam, jadi mereka tak dibenarkan untuk bagitau orang ramai.

Imej dari flickr.com
Imej dari flickr.com

Kitaorang pun tak tahu kenapa statistik ni tak dipaparkan untuk orang ramai (fakta: statistik jerebu, jenayah dan kontrak pembelian kerajaan adalah dikunci di bawah Akta Rahsia Rasmi).

Tambahan lagi, negara kita tak ada senarai pesalah laku seks seperti negara-negara lain yang membolehkan mereka dikenalpasti dan diawasi oleh pihak kerajaan.

Screencap dari pendaftaran pesalah seks bagi negeri Illinois, Amerika Syarikat.
Screencap dari pendaftaran pesalah seks bagi negeri Illinois, Amerika Syarikat.

“Kita tidak mempunyai sistem pencegahan untuk pedofilia. Jadi tidak ada satu kuasa khas pun bagi penyeliaan atau langkah-langkah sewajarnya untuk pedofilia. Buat masa ni, mereka dilayan seperti pesalah jenayah yang lain.”- Fahri Azzat, peguam, dalam intervieu dengan CILISOS

Mungkin sebab tiadanya sistem yang khas untuk pedophile ni, pesalah seperti Nur Fitri yang mempunyai beribu-ribu imej lucah kanak-kanak masih lagi boleh berkeliaran bebas.

“Jadi, apa yang saya boleh buat kalau ada kes penderaan seksual kanak-kanak?”

Mungkin korang ada baca tentang cara melindungi anak-anak dan cara mengesan pemangsa. Tapi apa yang kitorang nak sampaikan adalah apa yang perlu dilakukan bila terjumpa kes macam kat atas tadi!

SENARIO 1: Apabila korang tahu/syak yang kanak-kanak tu sedang didera secara seksual

Empat kanak-kanak perempuanmangsa rogol menghadiri terapi berkumpulan di Childline di Johannesburg. Imej dari www.mariellafurrer.com.
Empat kanak-kanak perempuan mangsa rogol menghadiri terapi berkumpulan di Childline di Johannesburg. Imej dari www.mariellafurrer.com

“Jika anda diberitahu oleh seorang kanak-kanak mengenai penderaan, pertama sekali cakap dengan kanak-kanak itu, dan galakan mereka untuk bercakap dengan orang dewasa yang dipercayai, sebaik-baiknya ibu bapa,” kata Datin Nariza.

Korang ada beberapa pilihan: 1) Pergi terus ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan; 2) Ke balai polis untuk membuat laporan.

“Jika ia baru berlaku dalam masa 48 jam, dan kanak-kanak tu masih dalam kesakitan/trauma, anda boleh terus membawa kanak-kanak tu ke hospital untuk rawatan perubatan dan memaklumkan kepada doktor bahawa anda syak dia menjadi mangsa penderaan kanak-kanak,” kata Datin Nariza.

Laporkan kepada unit Accident & Emergency (A&E) atau ke unit Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC). Doktor atau pakar kanak-kanak akan dipanggil untuk bercakap dengan kanak-kanak dan ibu bapa. Lepas tu pihak hospital akan membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak tersebut.

Tapi kalau korang pergi ke balai polis untuk membuat laporan, korang akan dirujuk pada Pegawai Penyiasat bertugas dan kanak-kanak tu perlu disoal siasat oleh pegawai tersebut. Dan lepas tu korang kena ke hospital kerajaan untuk jalani pemeriksaan. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Yang penting jangan lupa dokumen berkaitan seperti surat beranak dan I/C, bukan milik kanak-kanak je tapi ibu-bapa/penjaga sekali.

P/S: Kalau korang syak seorang kanak-kanak adalah mangsa deraan seksual walaupun dia tak beritahu korang, korang masih boleh buat laporan polis dengan segala bukti yang korang ada supaya pihak berkuasa boleh menyiasatnya lebih lanjut. (Nama korang tak akan diberitahu kepada sesiapa tanpa kebenaran korang atau perintah mahkamah.)

SENARIO 2: Mengesan orang yang mengedarkan imej lucah kanak-kanak.

Humor Office dari www.fabfunny.com.
Imej dari dari www.fabfunny.com.

Macam mana pulak dengan kes yang dilaporkan Syed Azmi? Korang boleh tangkap screenshot dan buat laporan polis dengan bukti yang korang ada.

“.. gambar tu tak membuktikan pedofilia tapi ia boleh berterusan dan boleh jadi lebih teruk. Siasatan lanjut perlu dilakukan jika pendakwaan serta-merta tak dapat dibuat,” kata Fahri

“Apa yang akan berlaku lepas korang membuat laporan?”

Malaysia  tak ada undang-undang khusus untuk pedofilia tapi undang-undang yang dah sedia ada ni boleh digunakan untuk pedophile.

“Undang-undang biasa bagi kesalahan rogol adalah di bawah seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yangg jika seorang lelaki mempunyai hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun tanpa persetujuan gadis itu, ataupun hubungan seks dengan perempuan 12 tahun dan ke bawah (sama ada dengan izinnya atau tidak), ia jatuh di bawah kesalahan rogol bawah umur seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun, maksimum 30 tahun dan mungkin sebatan,” kata Fahri.

Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 juga menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya boleh didenda sehingga RM20,000 dan penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya (korang boleh rujuk Akta Kanak-Kanak kat file PDF ini).

Sebenarnya kita ada undang-undang yang melarang pemilikan apa bentuk porno sekalipun, cuma kita tak semestinya kena lebih tegas akan jenayah yang melibatkan kanak-kanak. Jadual di bawah menujukkan kedudukan kita berkaitan undang-undang pornografi yang melibatkan kanak-kanak (rujuk fail PDF):

Imej dari icmc.org
Imej dari icmc.org

Maknanya, undang-undang kita berkaitan pornografi kanak-kanak masih tak cukup. Pornografi kanak-kanak tidak diertikan secara khusus, pemilikan pornografi kanak-kanak secara rasminya tak dikira sebagai jenayah (tak kiralah samada pesalah tu nak sebarkan porno tu ke tak), dan pembekal khidmat Internet tidak diwajibkan untuk melaporkan kes-kes ini kepada pihak berkuasa.

Untuk rujukan, hanya 11 buah negara di dunia memenuhi semua kriteria yang disenaraikan dalam laporan ini.

Kita perlu bercakap tentang apa yang berlaku, bukan pasal pencegahan sahaja

Seringkali kita dengar perbualan tentang cara mencegah jenayah daripada berlaku – bagaimana untuk mengesan pedofilia, bagaimana untuk melindungi anak-anak, bagaimana untuk mengajar anak-anak mengenai penderaan seksual. Ini semua memang penting dan wajar diketahui secara mendalam.

Tapi kita juga perlu bersedia akan segala kemungkinan yang tak diingini. Supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan!

Dan sekarang cuba korang tengok gambar baby sloth ni tersengih, at least terubat sikit rasa sakit hati tentang macam-macam perkara buruk yang berlaku sekarang ni.

Comel je baby sloth ni. Imej dari boredpanda.
Imej dari boredpanda.

 

About Irma Musliana 73 Articles
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)