5 debat politik yang epik kat Malaysia, siapa yang menang?

(Click here to read the original article in English!)

Suka tak suka, Amerika Syarikat masih dipandang sebagai antara negara paling berpengaruh di dunia. So bila dekat je dengan election kat sana, rakyat Malaysia kat sini pun ada yang tersangkut sekali, terutamanya sesi Perdebatan Presiden.

Malah ada beberapa rakyat Malaysia mengemukakan idea untuk bawa budaya tu kat sini. Senang cerita, calon Perdana Menteri kena debat antara satu sama lain mengenai pendirian dan polisi mereka.

Debate facebook 2
Lagi satu hasrat rakyat untuk mengadakan debat Perdana Menteri.

PM Najib sedar pasal isu ni dan dia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa debat tu tak sesuai kat Malaysia sebab ia bertentangan dengan budaya kita.

“Kalau nak berdebat antara pemimpin tu kita boleh buat, tapi itu bukan budaya politik kita secara menyeluruh di negara ini” – PM Najib, dipetik dari Malaysiakini.

Kalau difikirkan semula, betul juga apa dia cakap sebab macam negara Asia yang lain, kita sebagai sebuah masyarakat tak suka bergaduh – maksudnya kita lebih gemar guna cara yang tidak langsung. Bekas PM, Tun Mahathir pun ada kita kita tak cukup matang lagi untuk buat perdebatan di khalayak ramai sebab kita cepat sentimental dan beremosi.

Tapi, kita antara pendebat terhebat dunia kot. Malah Syed Saddiq dikurniakan pendebat terbaik Asia dan siap join parti politik Tun Mahathir yang baru. Dan sebenarnya kita boleh tahan bertamadun jugalah walaupun ia melibatkan dua haluan parti yang berbeza. So tanpa membazirkan masa, jom layan 5 debat politik yang membuktikan bahawa kita boleh berdebat..

1. Masa Rafizi minta Khairy join pihak pembangkang

Rafizi KJ London
Kiri: Rafizi, Kanan: Khairy

“Semua orang tau yang ada setengah pihak di UMNO tak terima awak, jadi dengan semua halangan ini dan potensi yang awak boleh beri kepada rakyat, awak taknak masuk Pakatan Rakyat ke? Rupa dah lebih kurang sama, umur pun macam sebaya, dan hampir setiap masa kita mempunyai pemikiran yang sama” – Rafizi kepada Khairy, Debat UKEC 2012.

Acara ini berlangsung kat United Kingdom & Eire Council of Malaysian Student (UKEC) di London pada tahun 2012, Rafizi dan Khairy berdebat mengenai betapa nyata atau jauh kita dari visi 2020 dari segi ekonomi dan sosio-politik.

Membalas ajakan dari Rafizi, Khairy telah berkata:

“Masa saya datang sini, ingatkan nak kena bergaduh dengan Rafizi tapi dapat jemputan untuk masuk parti dia. Tapi saya percaya dengan misi perubahan dalam parti saya. Kalau Rafizi kata saya tidak mempunyai apa-apa impak, cuba tengok semua perubahan yang telah saya buat dalam parti pada harini. Semua perubahan ni terjadi dari jawatan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO lagi dan sekarang telah menjadi pandangan mainstream dalam parti saya” – Khairy kepada Rafizi

Video penuh debat:

Kedua-dua belah mempunyai hujah yang kukuh mengenai polisi kerajaan dan cara ianya dijalankan. Contohnya bila Rafizi bagitau yang pihak kerajaan pandai buat janji tapi tak reti nak tunaikan manakala Khairy pula telah mempersoalkan semangat kesatuan dalam parti Pakatan Rakyat. Pada yang sama mereka bersetuju akan perlunya bahawa semangat kekitaan tanpa mengenal bangsa dan agama, serta peluang sama rata dalam ekonomi dan juga sikap demokrasi yang terbuka.

Tapi saat yang paling best adalah sewaktu Rafizi dan Khairy gaduh manja dan bahan masing-masing. Ada sekali tu Khairy siap cakap yang sweater Rafizi pakai tu adalah colour Parti Keadilan, apa yang buat comment tu kelakar adalah bila Khairy diberi masa untuk menjawab persoalan Rafizi mengenai ajakan ke Parti Pakatan, dia jawab:

“No seriously, mana you beli sweater tu?” – Khairy serious mode

2. Masa UMNO/MCA berdebat dengan DAP/PAS dan masing-masing behave

Debat UMNO MCA DAP PAS
Debat beregu oleh pihak UMNO/MCA dan juga DAP/PAS.

“Untuk dakwaan bahawa BN curi slogan Pakatan Rakyat –Ya, kalau awak lihat tajuk manifesto BN “Janji ditepati, harapan rakyat”; bunyi dia lebih kurang sama macam “Pakatan Harapan Rakyat”. Ini menunjukkan yang BN mengaku isu mereka adalah untuk berbuat sesuatu untuk rakyat.

…Kami mula pakai tajuk manifesto ni pada tahun 2009, maknanya untuk mengatakan kami yang terawal menggunakan manifesto dan jika ada orang lain guna, merekalah yang meniru.” – Mujahid Rawa, bila ditanya samada BN ‘pinjam’ manifesto Pakatan.

Debat tag team 2 lawan 2 ni telah dianjurkan oleh Centre for Public Policy Studies (CPPS), dan setiap pihak akan diberi tiga isu untuk memujuk pengundi daripada pihak lawan. Ada sekali tu Saifuddin Abdullah menjawab soalan Mujahid Rawa like a boss!

“Saya rasa untuk PRU14 kita kena buat satu pertandingan – siapa keluarkan manifesto dulu.” – Saifuddin Abdullah

Video penuh debat:

Menurut Saifudin, tiga faktor utama pengundi perlu lihat adalah pentadbiran, ekonomi, dan juga semangat kekitaan. Mujahid Rawa pua mengutamakan pentadbiran yang bagus, pengundi muda, dan juga parti yang takde unsur perkauman,

Pandangan ni telah memberi beberapa point menarik sewaktu berdebat. Contohnya bila BN kritik PR menggunakan pendekatan populistmenjadi kawan kepada rakyat biasa menentang golongan elit yang mementingkan diri – adalah satu benda yang tidak praktikal. Pada masa yang sama, PR kritik BN sebab menggunakan ‘pemberian wang’ seperti BR1M untuk penyelesaian jangka pendek, dan tidak menumpukan usaha untuk membanteras korupsi dan ketirisan wang yang lain.

Apa yang membuatkan debat ni betul-betul menarik adalah format event tersebut. Setiap speaker diberi masa yang strict dan bila masa hujahan habis, mic tersebut akan ditutup (Mujahid Rawa terkena). Lagi satu, untuk bersikap adil kepada semua orang, setiap soalan akan diletak di dalam sebuah kotak dan akan dipetik secara rambang.

Question-box
Kotak yang digunakan untuk soalan rambang.

3. Apabila Anwar Ibrahim kongsi pengalaman dia kat Eropah dengan Shabery Cheek

Anwar Ibrahim, Shabery Cheek
Kiri: Anwar Ibrahim, Kanan: Shabery Cheek.

“Kalau kita terus memberi subsidi yang banyak kita akan mewujudkan keadaan bahawa wang negara yang sepatutnya dilaburkan untuk kepentingan rakyat terpaksa digunakan  untuk menampung subsidi minyak.

…Kenapa kita tidak berikan wang terus kepada rakyat? Kita tanya Finland, tanya Norway tanya negara-negara maju yang lain yang dikatakan paling kurang rasuah. Mereka juga tidak subsidi dan mereka menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik…” – Shabery Cheek, mengenai isu subsidi.

Ditaja oleh sebuah agensi berita tempatan, Agenda Daily, debat ni mendapat perhatian orang ramai pada tahun 2008. Ia ditayangkan kat beberapa siaran tempatan dan juga secara online. Time tu jugak tu subsidi minyak baru je kena tarik oleh kerajaan. Apa pun, ini reply Anwar:

“Pendapatan per kapita Norway 10 kali lebih dari Malaysia. Kita bicara soal harga minyak ini keperitaan rakyat yang miskin. Jadi kalau kita nak bandingkan dengan negara industri yang capai tahap yang baik, itu agak sukar.

…Prasarana yang disediakan dengan jumlah yang besar kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin, kita panggil subsidi… dan subsidi itu nama yang cukup negatif dan busuk sekali.” – Anwar, ketika membalas hujahan dari Shabery Cheek

Video debat (ada 6 bahagian):

Anwar telah mencadangkan idea untuk mengurangkan harga minyak sebanyak 50 sen di mana dia telah menganggarkan kerajaan akan rugi RM5 billion. Katanya lagi, untuk cover RM2 billion, kerajaan boleh mengurangkan perbelanjaan melampau dari Tenaga Nasional sebanyak 20%. Tapi Shabery Cheek kata kalau subsidi minyak ni masih diterapkan, kos tangunggan akan melambung naik dan ia akan beri manfaat lebih kepada golongan kaya dari miskin jadi katanya lebih baik kalau kerajaan tarik je terus subsidi tu dan kasi duit cash kepada rakyat.

4. Bila Rafizi dapat jawapan yang bernas dari MCA mengenai parti yang berlandaskan perkauman

Rafizi Gan Ping
Rafizi vs Senator Guan Ping.

“Bercakap tentang DAP, setengah orang menganggap mereka adalah parti yang hanya mementingkan bangsa sendiri sebab mereka hanya berlawan kat kawasan yang ada MCA atau Gerakan. Mereka takkan masuk ke kawasan Melayu, yang tu untuk PAS. Kadang-kadang saya rasa ni disebabkan demografik negara ni. Kuala Krai tetap Kuala Krai, Ampang New Village tetap Ampang New Village, dan saya rasa ia takkan berubah jadi Kampung Melayu dalam masa 30 tahun yang akan datang.” – Senator Gan Ping Sieu, yang menyatakan dua parti PKR juga adalah berdasarkan perkauman.

Ditaja oleh Foreign Correspondent Club of Malaysia (FCCM), debat yang boleh dikatakan pendek ni fokus kat satu benda je – iaitu parti politik yang berbilang kaum atau pakatan parti politik yang mewakili setiap kaum.

“Apa yang mustahil waktu Senator Gan dulu kni boleh dialkukan, contohnya mengadakan parti dengan suara bukan-Bumiputera yang lebuh kuat, dan tidak mengamalkan polisi berdasarkan kaum. Golongan muda lebih mudah menerima idea ini.” – Rafizi Ramli, menjelaskan bahawa parti pelbagai kaum sepatutnya dijadikan realiti.

Video penuh:

Gan Ping Sieu membalas kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa walaupun kita takde parti yang mewakili pelbagai kaum, Malaysia mengamalkan sistem politik gabungan dari pelbagai parti (semua parti mewakili setiap kaum bergabung untuk satu objektif). Contoh yang terbaik adalah seperti BN dan Pakatan Rakyat. Bezanya cuma kelantangan parti dalam setiap gabungan je. Tapi Senator Gan bersetuju bahawa MCA perlu berfikir lebih besar seperti isu negara dan bukan saje masalah komuniti.

Pada masa yang sama Rafizi bagitau yang PKR telah menjadi parti yang menjadi bahan eksperimen untuk idea parti yang mempunyai pelbagai kaum ni, dan satu-satu cara untuk mereka maju adalah dengan membuang perasaan takut dan sangsi, ganjaran juga akan diberi sebab kualiti kerja dan bukannya sebab kaum.

5. Apabila Khairy dan Ambiga berkongsi cerita – tentang kena kacau dengan FRU

Ambiga vs Khairy
Ambiga vs Khairy

“Mari ikut kami jumpa SPR, saya tak kisah kalau awak nak berdemostrasi kat hari Sabtu ni, itu adalah hak awak tapi datanglah ke SPR, saya ada. Kita sama-sama tengok IC dan nama.” – Khairy

Ditaja oleh Malay Mail tiga hari sebelum Bersih 3 pada tahun 2012, debat ni fokus kepada kepercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya, dan samada Bersih ni sebenarnya mengundang orang untuk buat benda yang bukan-bukan. Tapi Khairy tak perlu risau pasal Ambiga datang ke SPR sebab:

“Perbezaan antara awak dan saya adalah, awak percaya kata-kata SPR, kami tak. Malah ramai yang tak percaya juga. Saya akan kasi sebab-sebab saya…

Kita akan berbahas. Di depan semua MP, kami akan letak nombor dan SPR akan beri jawapan. Mereka letak nombor, kami akan beri jawapan. Saya rasa tu adalah cara terbaik untuk mengendali masalah ni.” – Ambiga

Video penuh debat:

Secara am, debat ni lebih serious dari debat lain dalam list ni, malah kalau korang nak gelak pun time Khairy masuk sebab pihak penganjur pasang lagu tema James Bond dan Khairy posing konon-konon dia adalah James Bond, pastu serious mode sampai habis.

Khairy menari
Khairy posing macam Bond, James Bond. Atau pun Jamaluddin, Khairy Jamaluddin.

Debat betul-betul jadi panas bila Ambiga menggunakan data dari Malaysia Electoral Analyst Project (MERAP) untuk lawan Khairy punya data dari SPR. Salah satu point Ambiga adalah, SPR punya nombor berkemungkinan telah diubah, Ambiga mempersoalkan kenapa sampai 42,000 pengundi tak matching dengan data, ada yang tua sangat malah silap jantina. Khairy membalas dengan mengatakan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara telah buat kesilapan, dan sebagai bukti pengundi-pengundi ‘tua’ tu masih hidup dan ada rekod menunjukkan bahawa mereka telah ambil duit BR1M. Ermm… Kay Khairy…

Kalau tengok video, mungkin korang akan sedar yang ada time penonton akan minta orang duduk senyap (6:12) dan ada sekali tu pengadil siap kata “Ini debat ye, bukan tempat lelong”, nasib baik takde yang lambung kerusi meja.

Tapi still, boleh ke nak debat Perdana Menteri?

undian jari jibby
Gambar dari blog.thehoya.com

Kalau kita tengok balik macam kat Amerika, debat bukanlah sebahagian dari Perlembagaan mereka, cuma ia adalah satu amalan yang diterima umum sebab rakyat rasa debat tu penting untuk menentukan siapa yang akan mereka undi, nak lagi bila mereka boleh tengok perangai dan polisi calon-calon Presiden.

Kalau nak dibandingkan dengan ceramah politik biasa, debat betul-betul menguji sebab kat situ kita boleh tengok macam mana calon berhadapan dengan situasi gentir. Tak cukup dengan tu, penonton boleh check fakta samada benda yang orang cakap time debat tu betul ke tak.

Nampak macam okay je kan? Tapi masalah kat Malaysia adalah banyak sangat pakatan parti politik. So siapa yang berhak untuk masuk debat tu? Jadi kami telah tanya Wong Chin Huat dari Badan Pemikir (think-tank) Penang Institute:

“Malaysia adalah negara berparlimen, bukannya sistem berpresiden. Apa yang sesuai dengan sistem kita adalah debat antara ketua parti atau ketua pakatan. Ini akan membantu pengundi untuk memahami polisi setiap parti dan ideologi. Debat macam ni bukan saje akan menampakkan personaliti pemimpin parti malah akan menukarkan manifesto dari janji-janji kosong kepada ayat lebih kukuh. ” – Dr Wong Chin Huat, Pengarah Analisis Politik dan Sosial Penang Institute.

So kalau kita tengok balik kat dalam list ni, hampir semua ahli politik kita hebat dan berani berdebat (Kecuali ada sorang tu, *batuk). Walaupun semua takkan setuju siapa yang menang dalam sesi perdebatan, tapi ramai orang kata kalau kita buat debat ni yang confirm menang adalah rakyat.

About Adly Kiddy 83 Articles
Layari Spotify atau Apple Music dan dengar lagu Selesta - Resistance